Setakat 11 Februari, lebih 7K hilang pekerjaan akibat penutupan syarikat dan sebagainya

Berikutan dengan keadaan tidak menentu akibat hambatan Covid-19, seramai lebih 7 ribu pekerja telah ditamatkan perkhidmatan akibat pelbagai faktor, setakat 11 Februari tahun ini.

Berdasarkan maklumat yang dikongsikan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), seramai 1,933 individu kehilangan pekerjaan akibat pengecilan tenaga kerja; 1,930 akibat penutupan perniagaan dan 1,749 pula ditawarkan Skim Pemisahan Sukarela (VSS) atau Skim Pemisahan Bersama (MSS). Manakala, disebabkan masalah kewangan syarikat, ia telah membuatkan 1,089 orang hilang pekerjaan, di samping 987 lagi kerana ditamatkan kontrak perkhidmatan.

Dari jumlah keseluruhan itu, disimpulkan bahawa tindakan penamatan perkhidmatan berkenaan dilaksanakan selepas majikan tidak mampu lagi membayar gaji pekerja sehingga mengambil keputusan untuk menutup perniagaan, mengurangkan tenaga kerja, melakukan penstrukturan semula syarikat atau memberhenti pekerja.

Lantaran itu, PERKESO mengingatkan kepada individu yang kehilangan pekerjaan supaya mengemukakan permohonan faedah kewangan Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) PERKESO. Akan tetapi, bagi individu yang kehilangan pekerjaan disebabkan penamatan kontrak, mereka tidak layak menerima faedah ini.

Bagi maklumat lanjut dan syarat-syarat kelayakan SIP serta cara permohonan, pekerja boleh melayari laman: https://eiscentre.perkeso.gov.my/.

Sumber: PERKESO (Twitter).

__________

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

ARTIKEL BERKAITAN

Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pada ketika ini, Lembaga Tabung Haji sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Pada ketika ini, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…
Jawatan Kosong Tenaga Nasional Berhad (TNB): Taraf Jawatan Tetap, Kelayakan Minima SPM

Jawatan Kosong Tenaga Nasional Berhad (TNB): Taraf Jawatan Tetap, Kelayakan Minima SPM

Pada ketika ini, Tenaga Nasional Berhad (TNB) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…