Dalam suasana ekonomi yang semakin mencabar ini, pelbagai jenis inisiatif, bantuan dan program telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.
Antaranya termasuklah bantuan-bantuan kepada golongan B40 dan M40 di bawah Belanjawan 2024 seperti mana yang dibentangkan di Dewan Rakyat tahu lalu.
Ini kerana, pihak Kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan pelbagai bantuan kewangan sebelum ini, termasuklah Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Namun begitu, terdapat sebuah lagi manfaat yang diberikan kepada penerima STR. Berikut adalah malumat lanjutnya: –
Sumbangan SKK RM1,000
Untuk pengetahuan semua, Skim Khairat Kematian (SKK) adalah sebuah manfaat yang diberikan kepada setiap penerima STR dan pasangannya yang meninggal dunia dalam tempoh 01 Januari 2024 hingga 31 Disember 2024.
Kadar SKK yang ditetapkan adalah sebanyak RM1,000 dan akan diberikan secara sekaligus atau ‘one-off’.
Mereka yang layak menerima SKK bagi tahun 2024 adalah seperti berikut:
Cara Menuntut SKK
Untuk tuntutan SKK, ia boleh dibuat oleh waris dengan urutan berikut:
- Pasangan
- Ibu
- Bapa
- Anak
- Anak Kandung
- Anak Tiri
- Anak Angkat
- Adik-Beradik
- Cucu
Dimakluman bahawa, tiada had umur kelayakan seseorang untuk menjadi waris kepada pemohon STR 2024. Akan tetapi, waris yang berusia 17 tahun ke bawah, dokumen pengenalan diri dan dokumen pertalian perlu dibawa dan hadir bagi pengesahan cap jari / tandatangan individu di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).
Cara Penunaian STR
Bagi kaedah penunaian STR pula, ia boleh dibuat oleh pemohon / pasangan / waris mulai 29 Januari 2024 di mana-mana Cawangan BSN dan penunaian dibuat mengikut Fasa Pembayaran STR berdasarkan kelulusan Permohonan STR 2024.
JOM SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021
Jika penunaian dibuat oleh waris yang didaftarkan, mereka perlu membawa dokumen-dokumen ketika ke BSN:
- Kad Pengenalan baharu (asal atau salinan) pemohon; dan
- Kad Pengenalan asal waris; dan
- Dokumen tambahan mengikut situasi sekiranya Pemohon / Pasangan tidak dapat hadir untuk penunaian:
- Sijil kematian Pemohon / Pasangan jika Pemohon / Pasangan berdaftar meninggal dunia; atau
- Surat pengesahan hospital jika Pemohon / Pasangan menerima rawatan di hospital; atau
- Surat pengesahan yang menunjukkan Pemohon / Pasangan uzur atau tidak berdaya untuk bergerak; atau
- Kad Orang Kurang Upaya (OKU) ; atau
- Surat pengesahan majikan dan tarikh mula dan tamat bertugas Pemohon / Pasangan yang menunjukkan bukti Pemohon / Pasangan berada di luar negara.
Manakala, bagi mereka yang mempunyai akaun bank dan ia berstatus aktif, STR akan dikreditkan terus ke akaun penerima.
Bagi maklumat lebih lengkap berkenaan STR, sila rujuk di Portal Rasminya – DI SINI.