Sewa rumah hanya RM124 sebulan: Syarat-syarat & Cara memohon Rumah PPR Disewa

Dalam usaha memberikan tempat tinggal kepada setiap masyarakat di negara ini, pihak kerajaan telah memperkenalkan pelbagai inisiatif antaranya termasuklah Skim Projek Perumahan Rakyat (PPR) Disewa.

PPR Disewa diperkenalkan untuk tujuan disewakan kepada golongan sasaran (golongan yang berpendapatan rendah dan setinggan) pada kadar  RM124 sebulan.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan PPR Disewa: –

Ciri-ciri Rumah PPR

  • Kawasan bandar-bandar besar: Jenis rumah bertingkat antara 5 hingga 18 tingkat
  • Kawasan pinggir bandar: Jenis rumah teres
  • Keluasan: Tidak kurang daripada 700 kaki persegi
  • Binaan: 3 Bilik Tidur, 1 Ruang Tamu, 1 Ruang Dapur, 2 Bilik Air

 

Kemudahan Asas

  • Dewan Komuniti/Ruang Orang Ramai
  • Surau/Ruang Solat
  • Gerai Makan/Ruang Niaga
  • Tadika
  • Kemudahan OKU
  • Taman Permainan/Kawasan Lapang
  • Rumah Sampah

Syarat-syarat Kelayakan

  • Pemohon dan pasangan Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Pendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulan
  • Pemohon dan pasangan tidak pernah memiliki rumah
  • Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri

Cara Memohon

Bagi senarai projek PPR, ia boleh dirujuk di laman web: TEDUH Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan – DI SINI.

Untuk permohonan pula, ia hendaklah dibuat secara atas talian (online) di Sistem Pengurusan Perumahan Negara (SPRN) – KLIK SINI.

Maklumat lanjut berkenaan PPR Disewa boleh dirujuk DI SINI, atau menghubungi Bahagian Perancangan Perumahan:

  • 03-88914052 (Selangor, Melaka, Johor, Ng. Sembilan)
  • 03-88914278 (Kuala Lumpur, Sabah, Sarawak)
  • 03-88914028 (Perak, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Pahang, Terengganu)

 

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Pada ketika ini, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…
Jawatan Kosong Tenaga Nasional Berhad (TNB): Taraf Jawatan Tetap, Kelayakan Minima SPM

Jawatan Kosong Tenaga Nasional Berhad (TNB): Taraf Jawatan Tetap, Kelayakan Minima SPM

Pada ketika ini, Tenaga Nasional Berhad (TNB) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
200 Jawatan Kosong Guru KAFA: Permohonan Dibuka Sehingga 15 November 2025

200 Jawatan Kosong Guru KAFA: Permohonan Dibuka Sehingga 15 November 2025

Pada ketika ini, Institut Pengajian Islam Dan Dakwah Sabah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sedang mencari calon yang berkualiti untuk…