Rumah PPR

Sewa Rumah PPR hanya RM220 sebulan: Permohonan dibuka sehingga akhir tahun ini

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Salah satunya termasuklah Skim Projek Perumahan Rakyat (PPR) Disewa iaitu sebuah program Kerajaan untuk penempatan semula setinggan dan memenuhi keperluan tempat kediaman bagi golongan berpendapatan rendah.

Dimaklumkan bahawa semua rumah yang dibina di bawah PPR Disewa akan menggunakan spesifikasi perancangan dan rekabentuk perumahan kos rendah yang ditetapkan dalam Standard Perumahan Kebangsaan Bagi Perumahan Kos Rendah Rumah Pangsa (CIS2).

Ciri-Ciri Rumah PPR

  • Kawasan bandar-bandar besar: Jenis rumah bertingkat antara 5 hingga 18 tingkat
  • Kawasan pinggir bandar: Jenis rumah teres
  • Keluasan: Tidak kurang daripada 700 kaki persegi
  • Binaan: 3 Bilik Tidur, 1 Ruang Tamu, 1 Ruang Dapur, 2 Bilik Air
  • Kemudahan Asas:
    • Dewan Komuniti/Ruang Orang Ramai
    • Surau/Ruang Solat
    • Gerai Makan/Ruang Niaga
    • Tadika
    • Kemudahan OKU
    • Taman Permainan/Kawasan Lapang
    • Rumah Sampah

 

Baca juga:

Syarat-syarat Kelayakan PPR

  • Pemohon dan pasangan Warganegara Malaysia;
  • Berumur 18 tahun ke atas;
  • Pendapatan isi rumah di bawah RM3000 sebulan;
  • Pemohon dan pasangan tidak pernah memiliki rumah;
  • Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri.

 

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Cara Memohon

Menurut maklumat dari Portal TEDUH, Jabatan Perumahan Negara, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan terdapat dua projek Rumah PPR Disewa yang sedang dibuka ketika ini dengan kadar sewa RM220/sebulan.

Permohonan PPR Disewa boleh dibuat secara atas talian (online) melalui Portal Sistem Pengurusan Perumahan Negara.

Permohonan dua rumah ini dibuka sehingga 31 DISEMBER 2022.

Senarai projek PPR Disewa yang sedang dibuka boleh dirujuk DI SINI, dan permohonan pula boleh dikemukakan DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan RM200 Dikreditkan Automatik Ke Kad Pengenalan (MyKad): Ini Cara Semak Kelayakan

Bantuan RM200 Dikreditkan Automatik Ke Kad Pengenalan (MyKad): Ini Cara Semak Kelayakan

Golongan B40 merujuk kepada kumpulan 40% isi rumah dengan pendapatan terendah di Malaysia. Berdasarkan data terkini, B40 terdiri daripada isi…
Pengambilan Jawatan Kosong Dalam Perkhidmatan Awam Negeri: Tarikh Tutup 09 April 2025

Pengambilan Jawatan Kosong Dalam Perkhidmatan Awam Negeri: Tarikh Tutup 09 April 2025

Pada ketika ini, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Pahang. sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang…
STR RM650 Telah Dikreditkan Ke Akaun Atau Pengambilan Tunai di BSN: Ini Senarai Penuh Penerima

STR RM650 Telah Dikreditkan Ke Akaun Atau Pengambilan Tunai di BSN: Ini Senarai Penuh Penerima

Golongan B40 dan M40 merupakan kumpulan utama dalam struktur ekonomi Malaysia, masing-masing merangkumi 40% penduduk berpendapatan rendah dan sederhana. Kedua-dua…