sewa rumah

Sewa Rumah PPR RM280/sebulan: Syarat-syarat & cara memohon untuk tahun 2024

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri. Ia diperkenalkan bagi membantu mereka yang memerlukan khususnya golongan berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40).

Antaranya adalah dengan memperkenalkan Skim Projek Perumahan Rakyat (PPR) Disewa kepada mereka yang memenuhi syarat-syarat kelayakan. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan Rumah PPR Disewa: –

Rumah PPR Disewa

Program Perumahan Rakyat (PPR) pada asasnya merupakan sebuah program Kerajaan bagi penempatan semula setinggan dan memenuhi keperluan tempat kediaman bagi golongan berpendapatan rendah. Jabatan Perumahan Negara dibawah Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan adalah agensi pelaksana utama bagi projek-projek PPR di seluruh Malaysia.

PPR terdiri daripada dua kategori iaitu PPR Disewa dan PPR Dimiliki. Semua rumah yang dibina di bawah kedua-dua program PPR Dimiliki dan PPR Disewa akan menggunakan spesifikasi perancangan dan rekabentuk perumahan kos rendah yang ditetapkan dalam Standard Perumahan Kebangsaan Bagi Perumahan Kos Rendah Rumah Pangsa (CIS2).

Ciri-ciri utama rumah PPR adalah ia dibina secara bertingkat antara 5 hingga 18 tingkat di kawan bandar-bandar besar. Manakala, bagi kawasan pinggir bandar pula, ia dibina dengan jenis rumah teres. Keluasannya pula adalah tidak kurang daripada 700 kaki persegi dan binaan merangkumi 3 Bilik Tidur, 1 Ruang Tamu, 1 Ruang Dapur serta 2 Bilik Air.

Kemudahan asas bagi setiap rumah PPR adalah seperti berikut:

  • Dewan Komuniti/Ruang Orang Ramai;
  • Surau/Ruang Solat;
  • Gerai Makan/Ruang Niaga;
  • Tadika;
  • Kemudahan OKU;
  • Taman Permainan/Kawasan Lapang;
  • Rumah Sampah.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Pemohon dan pasangan hendaklah merupakan Warganegara Malaysia;
  • Berumur 18 tahun ke atas;
  • Pendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulan;
  • Pemohon dan pasangan tidak pernah memiliki rumah;
  • Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri.

Cara Memohon

Untuk yang memenuhi dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan rumah PPR Disewa boleh dibuat secara atas talian (online) di Sistem Pengurusan Perumahan Negara.

Pada ketika ini, Projek PPR Disewa yang masih dibuka sehingga 08 Mei 2024 adalah PPR Tagasan, Semporna, Sabah. Kadar sewa yang ditetapkan adalah sebanyak RM280/sebulan. Jumlah unitnya pula adalah sebanyak 500 unit.

Pemohon boleh menyemak projek rumah PPR yang dibuka di sistem berkenaan bagi membuat permohonan. Maklumat lengkap tentang PPR Disewa dan permohonan boleh dirujuk Portal TEDUH KPKT DI SINI.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Di bawah Belanjawan 2024, secara keseluruhan, pihak Kerajaan telah memperuntukkan RM2.47 bilion untuk melaksanakan projek perumahan rakyat bagi tahun 2024. Ia merangkumi dana jaminan khas berjumlah RM1 bilion bagi menggalakkan pemaju yang berwibawa memulihkan projek terbengkalai yang telah dikenal pasti.

RM546 juta disediakan bagi meneruskan 36 Program Perumahan Rakyat (PPR) termasuk satu projek baharu di Kluang, Johor. Insya-Allah, 15 buah PPR dijangka siap tahun hadapan untuk manfaat 5,100 bakal penghuni baharu. Sebanyak 14 Program Rumah Mesra Rakyat diteruskan bagi membina 3,500 unit rumah dengan peruntukan RM358 juta.

Kerajaan turut memperuntukkan RM460 juta bagi menyediakan bantuan kepada kira-kira 65 ribu rakyat susah di desa untuk membina baharu atau membaik pulih rumah yang telah daif. RM100 juta pula untuk menyelenggara perumahan berstrata kos rendah dan sederhana awam dan swasta seluruh negara. Ini termasuklah kerja-kerja membaiki tangki air, bumbung, dan sistem pendawaian serta memasang kamera litar tertutup.

Kerajaan juga setuju untuk menambah Skim Jaminan Kredit Perumahan sehingga RM10 bilion ringgit untuk SJKP bagi memanfaatkan 40 ribu peminjam.

“Sebagai langkah mengawal harga harta tanah, Kerajaan bercadang untuk mengenakan duti setem pada kadar rata 4 peratus ke atas surat cara pindah milik harta tanah oleh individu bukan warganegara dan syarikat milik asing kecuali individu pemastautin tetap di Malaysia,” petikan ucapan Belanjawan 2024.

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan RM500 dikreditkan setiap bulan kepada warga emas (60 tahun dan ke atas): Cara memohon

Bantuan RM500 dikreditkan setiap bulan kepada warga emas (60 tahun dan ke atas): Cara memohon

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat…
Pendapatan bawah RM10,959 layak terima Bantuan RM500: Cara buat permohonan

Pendapatan bawah RM10,959 layak terima Bantuan RM500: Cara buat permohonan

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat  Persekutuan atau…
Pengambilan lebih 30 kekosongan di Kementerian Kerja Raya Malaysia: Gaji RM2,529 - RM9,643

Pengambilan lebih 30 kekosongan di Kementerian Kerja Raya Malaysia: Gaji RM2,529 - RM9,643

Khabar baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) kini sedang membuka pengambilan banyak jawatan kosong sebagai…