Bagi membantu mereka yang memerlukan khususnya dikala pandemik yang melanda, kerajaan melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah memperkenalkan Inisiatif Kediaman Rumah Keluarga Malaysia (Rumah IKRAM KPKT).
Ia disediakan khusus kepada mereka yang terjejas akibat kehilangan pendapatan, kekurangan pendapatan, kehilangan pekerjaan, yang tidak lagi mampu membayar sewa tinggi, dihalau keluar dari rumah sewa dan seumpamanya.
Kepada penyewa Rumah IKRAM, terdapat beberapa kemudahan yang diberikan, seperti:
- Sewaan percuma selama enam bulan untuk mengurangkan beban kewangan;
- Kadar sewa RM124 sebulan dengan tempoh setiap keluarga yang layak dibenarkan menyewa atau mendiaminya untuk maksimum selama dua tahun.
Ciri-ciri Rumah IKRAM:
- Kawasan bandar-bandar besar: Jenis rumah bertingkat antara 5 hingga 18 tingkat
- Kawasan pinggir bandar: Jenis rumah teres
- Keluasan: Tidak kurang daripada 700 kaki persegi
- Binaan: 3 Bilik Tidur, 1 Ruang Tamu, 1 Ruang Dapur, 2 Bilik Air
- Kemudahan Asas:
- Dewan Komuniti/Ruang Orang Ramai
- Surau/Ruang Solat
- Gerai Makan/Ruang Niaga
- Tadika
- Kemudahan OKU
- Taman Permainan/Kawasan Lapang
- Rumah Sampah
Syarat-syarat Kelayakan
Rumah IKRAM adalah terbuka kepada golongan B40 yang terkesan akibat pandemik C-19 dan memenuhi syarat-syarat seperti berikut:
- Pemohon dan pasangan warganegara Malaysia;
- Pemohon berumur 18 tahun dan keatas;
- Tidak memiliki rumah, rumah sedia ada telah dilelong, tempoh sewaan ditamatkan oleh tuan rumah atau seumpamanya; dan
- Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,000 sebulan
Cara Memohon
Kepada yang memenuhi syarat-syarat kelayakan dan ingin memohon, permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) di Sistem Pengurusan Perumahan Negara.
Pemohon boleh melihat senarai projek Rumah IKRAM – DI SINI, dan kemudiannya klik pada menu ‘MOHON DI SINI’ bagi tujuan permohonan.
Maklumat lanjut dan terperinci berkenaan Rumah IKRAM juga boleh dirujuk – DI SINI.