Sewa serendah RM124 sebulan: Syarat-syarat & cara memohon Program Perumahan Rakyat (PPR)

Sebagai salah satu usaha membantu mereka yang memerlukan memiliki kediaman, kerajaan melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah memperkenalkan Program Perumahan Rakyat (PPR).

Matlamat program ini adalah bagi menangani masalah perumahan golongan berpendapatan rendah yang masih belum memiliki rumah.

Terdapat dua jenis PPR yang disediakan iaitu:

  • PPR Dimiliki: Dijual pada harga RM35,000 seunit di Semenanjung Malaysia dan RM42,000 seunit di Sabah dan Sarawak.
  • PPR Disewa: Kadar sewa serendah RM124 sebulan, tidak termasuk penyelenggaraan.

 

Ciri-ciri rumah PPR

  • Jenis rumah bertingkat antara 5 hingga 25 tingkat di kawasan bandar.
  • Kediaman bertanah (rumah teres) di pinggir bandar.
  • Keluasan – 700 kps.
  • Binaan – 3 Bilik Tidur, 2 Bilik Air, Ruang Tamu dan Ruang Dapur.

 

Syarat-syarat kelayakan

  • Pemohon dan pasangan Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun dan ke atas
  • Pendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulan
  • Pemohon dan pasangan tidak pernah memiliki rumah

 

Cara memohon

Bagi yang ingin memohon, permohonan PPR boleh dibuat melalui Sistem Pengurusan Perumahan Negara (SPRN) – DI SINI atau melalui SUK Perumahan Negeri.

Bagi sebarang pertanyaan lanjut berkenaan program ini, ia boleh dikemukakan dengan menghubungi pihak Jabatan Perumahan Negara di talian:

  • 03-88914052 – Selangor, Melaka, Johor, Ng. Sembilan
  • 03-88914278 – Kuala Lumpur, Sabah, Sarawak
  • 03-88914028 – Perak, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Pahang, Terengganu

 

Maklumat terperinci program juga boleh dirujuk DI SINI (PPR Dimilki) atau DI SINI (PPR Disewa).

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, isu beban kos sara hidup menjadi topik utama yang sering dibincangkan dalam kalangan rakyat Malaysia.…
Pelbagai Jawatan Kosong Gardenia Bakeries: Gaji Sehingga RM3,000++

Pelbagai Jawatan Kosong Gardenia Bakeries: Gaji Sehingga RM3,000++

Pada ketika ini, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Jawatan Kosong Jurutera Dalam Perkhidmatan Awam: Gaji RM2,250 - RM11,110

Jawatan Kosong Jurutera Dalam Perkhidmatan Awam: Gaji RM2,250 - RM11,110

Pada ketika ini, Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka.…