Sebagai salah satu usaha membantu mereka yang memerlukan memiliki kediaman, kerajaan melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah memperkenalkan Program Perumahan Rakyat (PPR).
Matlamat program ini adalah bagi menangani masalah perumahan golongan berpendapatan rendah yang masih belum memiliki rumah.
Terdapat dua jenis PPR yang disediakan iaitu:
- PPR Dimiliki: Dijual pada harga RM35,000 seunit di Semenanjung Malaysia dan RM42,000 seunit di Sabah dan Sarawak.
- PPR Disewa: Kadar sewa serendah RM124 sebulan, tidak termasuk penyelenggaraan.
Ciri-ciri rumah PPR
- Jenis rumah bertingkat antara 5 hingga 25 tingkat di kawasan bandar.
- Kediaman bertanah (rumah teres) di pinggir bandar.
- Keluasan – 700 kps.
- Binaan – 3 Bilik Tidur, 2 Bilik Air, Ruang Tamu dan Ruang Dapur.
Syarat-syarat kelayakan
- Pemohon dan pasangan Warganegara Malaysia
- Berumur 18 tahun dan ke atas
- Pendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulan
- Pemohon dan pasangan tidak pernah memiliki rumah
Cara memohon
Bagi yang ingin memohon, permohonan PPR boleh dibuat melalui Sistem Pengurusan Perumahan Negara (SPRN) – DI SINI atau melalui SUK Perumahan Negeri.
Bagi sebarang pertanyaan lanjut berkenaan program ini, ia boleh dikemukakan dengan menghubungi pihak Jabatan Perumahan Negara di talian:
- 03-88914052 – Selangor, Melaka, Johor, Ng. Sembilan
- 03-88914278 – Kuala Lumpur, Sabah, Sarawak
- 03-88914028 – Perak, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Pahang, Terengganu
Maklumat terperinci program juga boleh dirujuk DI SINI (PPR Dimilki) atau DI SINI (PPR Disewa).