Simpanan Akaun 2 digunakan dahulu? Ini penjelesan KWSP tentang pengeluaran i-CITRA

Seperti mana yang kita tahu, baru-baru ini kerajaan telah mengumumkan Pakej Perlindungan Rakyat & Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) bagi membantu rakyat berdepan dengan keadaan mencabar ketika ini.

Antara program yang diperkenalkan di bawah PEMULIH termasuklah i-CITRA iaitu membenarkan ahli berumur 55 tahun dan ke bawah mengeluarkan simpanan mereka maksimum sebanyak RM5,000.

Oleh hal demikian, pihak KWSP telah memberikan penjelasan berkenaan kaedah pengeluaran wang berkenaan terutamanya tentang dari akaun mana yang akan dikeluarkan terlebih dahulu.

Pengeluaran melalui akaun mana?

Berdasarkan kenyataan KWSP di laman sosial rasminya, pengeluaran i-CITRA akan melibatkan kedua-dua akaun ahli iaitu Akaun 1 dan Akauan 2.

Bagaimanapun, simpanan dalam Akaun 2 ahli akan digunakan terlebih dahulu dan jika tidak mencukupi, barulah simpanan dalam Akaun 1 pula akan digunakan.

KWSP memberi contoh seperti berikut:

“Adam memohon pengeluaran i-CITRA sebanyak RM5,000. Beliau memiliki simpanan RM3,150 di Akaun 2 dan RM12,000 di Akaun 1. Pihak KWSP akan mengeluarkan dahulu amaun dari Akaun 2 sebanyak RM3,150 dan bakinya sebanyak RM1,850 pula akan diambil dari Akaun 1.

Ini bermakna, baki dalam KWSP Adam selepas itu adalah RM0 di Akaun 2 dan RM10,150 di Akaun 1.”

Apa yang pasti, syarat utama i-CITRA adalah ahli perlu meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1.

Cara mohon i-CITRA

Untuk permohonan i-CITRA, dimaklumkan bahawa ia hanya akan dibuka pada 15 Julai 2021 di portal: i-CITRA Online. Pihak KWSP juga akan memaklumkan sebarang perkembangan, dalam masa terdekat.

Bagi sebarang pertanyaan dan kemusykilan, ia boleh dikemukakan kepada:

  • Ask ELYA di laman web rasmi KWSP (KLIK SINI)
  • Media sosial rasmi KWSP (KLIK SINI)
  • Hotline i-Citra di talian 03-8922 4848

 

ARTIKEL BERKAITAN

Senarai Penuh Penerima RM100 Dalam MyKad Setiap Bulan Tahun Ini (2025): Cara Semak Bantuan SARA

Senarai Penuh Penerima RM100 Dalam MyKad Setiap Bulan Tahun Ini (2025): Cara Semak Bantuan SARA

Golongan B40 atau 40% isi rumah berpendapatan terendah di Malaysia. Dalam konteks ekonomi negara, mereka adalah kumpulan yang paling terkesan…
Pelbagai Jawatan Kosong Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK): Gaji RM2,265 - RM6,680

Pelbagai Jawatan Kosong Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK): Gaji RM2,265 - RM6,680

Pada ketika ini, Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang…
STR Fasa 1 Mula Dikreditkan Ke Akaun Hari Ini (22 Januari 2025): Jumlah Bayaran Isi Rumah, Bujang & Warga Emas

STR Fasa 1 Mula Dikreditkan Ke Akaun Hari Ini (22 Januari 2025): Jumlah Bayaran Isi Rumah, Bujang & Warga Emas

Golongan B40 dan M40 merupakan dua kumpulan utama dalam kategori pendapatan di Malaysia yang sering menjadi tumpuan dalam pelbagai dasar…