Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis skim dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan Negeri dan Persekutuan. Antaranya termasuklah melalui sebuah skim yang dikenali sebagai Skim “Zero to Hero” oleh Hijrah Selangor.
Melalui skim pembiayaan sehingga RM10,000 ini – ia diberikan kepada individu yang ingin memulakan perniagaan kecil-kecilan dengan dibekalkan bimbingan, latihan dan pantauan oleh pihak syarikat peneraju yang dilantik. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan skim ini:
Syarat-syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia;
- Rakyat Selangor/bermastautin lebih 5 tahun;
- Mengundi dalam negeri Selangor;
- Berumur 18 tahun hingga 65 tahun;
- Minat dan bersemangat berniaga;
- Bersedia untuk dibimbing.
Syarat-syarat Pembiayaan
- Pembiayaan berbentuk pakej perniagaan sehingga RM10,000;
- Tempoh pembiayaan sehingga 150 minggu (3 tahun);
- Caj perkhidmatan 8% setahun;
- Wajib membuat tabungan;
- Bayaran balik secara mingguan.
SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021
Pakej pengkhususan pula adalah seperti yang dinyatakan di bawah:
- Bakeri;
- Barber/Dandanan Rambut
- Kraftangan;
- Solekan Profesional;
- Deko Kreatif;
- Jahitan;
- Makanan dan minuman;
- Perkhidmatan;
- Servis Digital;
- Mobile Spa/Bekam
Cara Memohon
Kepada yang berminat dan ingin memohon skim ini, ia boleh dilaksanakan secara atas talian (online) di sistem permohonan Hijrah Selangor.
Pemohon juga perlu mengemukakan dokumen-dokumen sokongan berikut:
- Salinan kad pengenalan pemohon;
- 2 keping gambar berukuran pasport pemohon;
- Salinan penyata akaun bank (header) atau muka depan buku akaun (yang menunjukkan no. akaun pemohon);
- Salinan bil utiliti tempat tinggal pemohon.
Untuk maklumat terperinci berkenaan skim ini, ia boleh dirujuk DI SINI dan permohonan boleh dikemukakan DI SINI.