Boleh dapat sehingga RM10,000: Ini cara memohon Skim “Zero to Hero”, terbuka untuk semua kaum

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis skim dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan Negeri dan Persekutuan. Antaranya termasuklah melalui sebuah skim yang dikenali sebagai Skim “Zero to Hero” oleh Hijrah Selangor.

Melalui skim pembiayaan sehingga RM10,000 ini – ia diberikan kepada individu yang ingin memulakan perniagaan kecil-kecilan dengan dibekalkan bimbingan, latihan dan pantauan oleh pihak syarikat peneraju yang dilantik. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan skim ini:

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Rakyat Selangor/bermastautin lebih 5 tahun;
  • Mengundi dalam negeri Selangor;
  • Berumur 18 tahun hingga 65 tahun;
  • Minat dan bersemangat berniaga;
  • Bersedia untuk dibimbing.

Syarat-syarat Pembiayaan

  • Pembiayaan berbentuk pakej perniagaan sehingga RM10,000;
  • Tempoh pembiayaan sehingga 150 minggu (3 tahun);
  • Caj perkhidmatan 8% setahun;
  • Wajib membuat tabungan;
  • Bayaran balik secara mingguan.

 

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Pakej pengkhususan pula adalah seperti yang dinyatakan di bawah:

  • Bakeri;
  • Barber/Dandanan Rambut
  • Kraftangan;
  • Solekan Profesional;
  • Deko Kreatif;
  • Jahitan;
  • Makanan dan minuman;
  • Perkhidmatan;
  • Servis Digital;
  • Mobile Spa/Bekam

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan ingin memohon skim ini, ia boleh dilaksanakan secara atas talian (online) di sistem permohonan Hijrah Selangor.

Pemohon juga perlu mengemukakan dokumen-dokumen sokongan berikut:

  • Salinan kad pengenalan pemohon;
  • 2 keping gambar berukuran pasport pemohon;
  • Salinan penyata akaun bank (header) atau muka depan buku akaun (yang menunjukkan no. akaun pemohon);
  • Salinan bil utiliti tempat tinggal pemohon.

 

Untuk maklumat terperinci berkenaan skim ini, ia boleh dirujuk DI SINI dan permohonan boleh dikemukakan DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Pengambilan Jawatan Kosong Institut Kerajaan Tahun 2025: Gaji RM2,250 - RM11,110

Pengambilan Jawatan Kosong Institut Kerajaan Tahun 2025: Gaji RM2,250 - RM11,110

Pada ketika ini, Institut Kerajaan – Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri (IDFR) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk…
RM600 Setiap Bulan Untuk Mereka Berumur 60 Tahun Ke Atas: Cara Memohon BWE 2025

RM600 Setiap Bulan Untuk Mereka Berumur 60 Tahun Ke Atas: Cara Memohon BWE 2025

Warga emas merupakan golongan istimewa dalam masyarakat kita. Mereka bukan sahaja menyumbang kepada pembinaan negara sejak zaman muda, malah menjadi…
E-Dompet RM300 Dikreditkan Automatik Setiap Bulan: Senarai Penuh Penerima Bantuan BINGKAS

E-Dompet RM300 Dikreditkan Automatik Setiap Bulan: Senarai Penuh Penerima Bantuan BINGKAS

Setiap hari, kita semua bergantung kepada keperluan asas untuk meneruskan kehidupan – makanan, pakaian, tempat tinggal, kesihatan, dan pendidikan. Namun…