Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) kini sedang membuka kekosongan jawatan di Kementerian Sumber Manusia bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya.
Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:-
Maklumat Jawatan Kosong Kementerian Sumber Manusia
PEMERIKSA KILANG DAN JENTERA GRED J41 (KEJURUTERAAN AWAM)
- Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
- Kementerian/Jababatan: Kementerian Sumber Manusia
- Jadual Gaji: RM2,529 – RM9,643
- Taraf Pelantikan:
- Calon lantikan baharu adalah secara pelantikan kontrak (Interim) selama 3 tahun; dan
- Pegawai lantikan tetap yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan adalah secara pelantikan tetap.
- Kekosongan: 4
- Simpanan: 11
Syarat-Syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia;
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
- Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred J41 : RM2,529.00);
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Bidang Tugas
- Menyemak reka bentuk dan membuat pemeriksaan ke atas pengandung tekanan, mesin angkat dan alat-alat keselamatan bagi jentera-jentera semasa pembinaan dan yang digunakan di tempat kerja.
- Membuat pemeriksaan di tapak pembinaan bangunan dan kerja-kerja kejuruteraan.
- Menyiasat aduan-aduan dan kemalangan di tempat kerja dan membuat laporan serta membuat kerja-kerja pemantauan untuk kesihatan industri.
Cara Memohon
Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat di Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (Sistem SPA9).
Calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula sekiranya permohonan masih dalam tempoh sah laku pada tarikh tutup iklan. Walau bagaimanapun, calon perlu memastikan pusat temu duga terdekat dikemas kini sebelum atau pada tarikh tutup iklan.
Pemohon juga perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar, sahih dan tepat, serta hanya memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat-syarat kelayakan setiap jawatan.
JOM MASUK TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipelawa menghadiri sesi temu duga.
Tarikh tutup permohonan pada 04 SEPTEMBER 2024 (RABU). Hanya permohonan calon yang diterima sebelum atau pada tarikh tutup iklan akan diproses.
Hebahan rasmi kekosongan jawatan boleh dirujuk DI SINI dan permohonan boleh dibuat DI SINI.
Maklumat Tambahan
Kementerian Sumber Manusia KESUMA adalah kementerian yang bertanggungjawab kepada pembangunan kemahiran, pekerjaan, keselamatan dan kesihatan pekerjaan, kesatuan sekerja, perhubungan perusahaaan, maklumat dan analisis pasaran buruh dan keselamatan sosial.
Misinya adalah untuk membangunkan dan melahirkan modal insan yang kompeten, produktif, responsif dan berdaya tahan dalam pasaran buruh negara ke arah meningkatkan produktiviti negara. Memastikan kelancaran operasi pasaran buruh negara. Meningkatkan kebolehpekerjaan dan penggajian tenaga kerja tempatan bagi memenuhi keperluan pasaran kerja negara.
Ia juga bagi memastikan perhubungan perusahaan yang harmoni dan kondusif. Mengutamakan aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Memastikan jaringan keselamatan sosial yang komprehensif, dinamik dan progresif.
Antara tanggungjawan KESUMA pula adalah:
- Mengemaskini dan melaksanakan dasar-dasar buruh dan undang-undang untuk membuat cekap, produktif dan tatatertib dengan nilai-nilai murni dan etika kerja yang baik.
- Mengemaskini dan melaksanakan dasar-dasar Keselamatan dan kesihatan pekerjaan dan undang-undang untuk memastikan suasana kerja yang sihat dan selamat.
- Cekap mengurus dan secara bebas menyelesaikan pertikaian perusahaan antara majikan dan pekerja untuk mewujudkan suasana kerja yang kondusif.
- Untuk memantau dan menyelia pembangunan dan pergerakan kesatuan sekerja menjadi teratur untuk manfaat negara.
- Mengurus Perhubungan Antarabangsa dalam bidang pengurusan tenaga kerja, kerjasama teknikal dalam buruh berkaitan perkara-perkara dan pembangunan sumber manusia.