Jabatan Mineral

SPA buka jawatan kosong Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia: Gaji RM1,505 – RM5,696

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) kini sedang membuka kekosongan jawatan di Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (Sarawak) bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:-

Maklumat Jawatan Kosong Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia

PENOLONG PEGAWAI GEOSAINS GRED C29

  • Kumpulan: Pelaksana
  • Jadual Gaji: RM1,505 – RM5,696
  • Kenaikan Tahunan: RM145
  • Taraf Pelantikan:
    • Calon lantikan baharu adalah secara pelantikan kontrak (Interim) selama 3 tahun; dan
    • Pegawai lantikan tetap yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan adalah secara pelantikan tetap.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  • Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia aliran sains atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred C29 : RM1,505.00); atau
  • Sijil dalam bidang ukur tanah, kejuruteraan, kimia atau kimia industri yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred C29 : RM1,514.33);
  • Diploma dalam bidang ukur tanah, kejuruteraan, kimia atau kimia industri yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred C29 : RM1,858.12).
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • Hanya calon yang beralamat surat-menyurat di Negeri Sarawak sahaja yang layak memohon bagi urusan ini.

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

Pemohon juga perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar, sahih dan tepat, serta hanya memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat-syarat kelayakan setiap jawatan.

JOM MASUK TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipelawa menghadiri sesi temu duga.

Tarikh tutup permohonan pada 11 JULAI 2024 (KHAMIS).

Hebahan rasmi kekosongan jawatan boleh dirujuk DI SINI dan permohonan boleh dibuat DI SINI.

Maklumat Tambahan

Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) memainkan peranan yang penting dalam aspek pembangunan mineral, pembangunan fizikal dan perkhidmatan geosains negara selaras dengan perkembangan pesat yang berlaku di dunia hari ini. Sebagai agensi tunggal kerajaan yang menerajui bidang mineral dan geosains dalam negara dengan visi iaitu Peneraju Pembangunan Mineral dan Geosains Negara, JMG komited dalam menyediakan perkhidmatan berkepakaran tinggi kepada stakeholders dan pelanggan dalam bidang mineral dan geosains.

JMG juga berperanan untuk mempertingkatkan sumbangan sektor mineral dan geosains terhadap pembangunan sosio-ekonomi negara dan kesejahteraan rakyat melalui pembangunan sumber mineral yang mampan, penyelidikan, pembangunan dan pengkomersialan (R&D&C) mineral serta penggunaan maklumat geosains yang berkesan.

Misi utama JMG adalah Menyumbang Kepada Peningkatan Daya Saing Ekonomi Negara dan Kualiti Hidup Melalui Penggunaan Maklumat, Perkhidmatan Berkepakaran Tinggi Serta Penyelidikan Berkaitan Mineral dan Geosains yang Efektif.

Objektif JMG adalah menyediakan maklumat komoditi mineral bagi meningkatkan pertumbuhan industri berasaskan mineral; menggalakkan penggunaan optimum maklumat dan perkhidmatan geosains bagi pembangunan negara yang mampan; memastikan perusahaan sumber mineral berkembang secara teratur, selamat, cekap dan mesra alam serta mendatangkan pulangan yang maksimum kepada negara.

Menggalak dan mempelbagai penggunaan sumber mineral tempatan bagi menyumbang kepada pembangunan sektor perindustrian negara melalui aktiviti-aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan menyediakan perkhidmatan kepakaran dalam bidang mineral, geosains dan perlombongan di peringkat nasional dan antarabangsa bagi menggalakkan pelaburan dalam sektor mineral dan perancangan pembangunan negara

ARTIKEL BERKAITAN

Pengambilan Jawatan Kosong Institut Kerajaan Tahun 2025: Gaji RM2,250 - RM11,110

Pengambilan Jawatan Kosong Institut Kerajaan Tahun 2025: Gaji RM2,250 - RM11,110

Pada ketika ini, Institut Kerajaan – Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri (IDFR) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk…
RM600 Setiap Bulan Untuk Mereka Berumur 60 Tahun Ke Atas: Cara Memohon BWE 2025

RM600 Setiap Bulan Untuk Mereka Berumur 60 Tahun Ke Atas: Cara Memohon BWE 2025

Warga emas merupakan golongan istimewa dalam masyarakat kita. Mereka bukan sahaja menyumbang kepada pembinaan negara sejak zaman muda, malah menjadi…
E-Dompet RM300 Dikreditkan Automatik Setiap Bulan: Senarai Penuh Penerima Bantuan BINGKAS

E-Dompet RM300 Dikreditkan Automatik Setiap Bulan: Senarai Penuh Penerima Bantuan BINGKAS

Setiap hari, kita semua bergantung kepada keperluan asas untuk meneruskan kehidupan – makanan, pakaian, tempat tinggal, kesihatan, dan pendidikan. Namun…