Pada ketika ini, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka di Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA). Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan.
Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:
Maklumat Jawatan Kosong Penjawat Awam
PENOLONG PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT GRED S5
- Klasifikasi Perkhidmatan : Sosial
- Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
- Kekosongan : 24
- Simpanan : 60
Syarat-Syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh tutup permohonan jawatan;
- Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred S5: RM1,650.00); atau
- Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred S5: RM1,650.00); atau
- Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred S5: RM1,650.00); atau
- Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred S5: RM1,893.00).
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Bidang Tugas
Memberi khidmat runding cara, merangka aktiviti harian dan mengawasi penghuni pusat pemulihan dadah dan penjara. Mengawasi, memberi kaunseling kepada pesalah akhlak dan juvana. Mengurus bantuan kepada orang-orang cacat, tua, miskin, papa dan mangsa bencana.
SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021
Cara Memohon
Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.
Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) di Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9).
Pemohon hendaklah memohon jawatan yang setaraf dengan kelayakan yang ditetapkan. Hanya pemohon yang berjaya melepasi tapisan akan dipanggil temu duga.
TARIKH TUTUP PERMOHONAN 11 JUN 2025.
Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan permohonan boleh dirujuk di hebahan rasmi – DI SINI.
Pegawai yang dilantik adalah layak disahkan dalam perkhidmatan apabila telah:
- memenuhi tempoh percubaan;
- hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda dan lulus peperiksaan perkhidmatan yang ditetapkan; dan
- diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
Maklumat Tambahan
Misi JAKOA adalah melaksanakan pembangunan secara inklusif bagi meningkatkan taraf sosioekonomi dan kualiti hidup ke arah kemajuan dengan memartabatkan warisan yang unggul masyarakat Orang Asli.
Visinya pula adalah sebagai organisasi penggerak yang unggul dalam memajukan masyarakat Orang asli setanding dengan masyarakat perdana.
Objektifnya pula adalah:
- Meningkatkan pendapatan masyarakat Orang Asli dan seterusnya mengeluarkan mereka dari garis kemiskinan;
- Memerlukan skop liputan kemudahan prasarana dan ameniti sosial ke semua perkampungan Orang Asli;
- Memperkasa masyarakat Orang Asli melalui program pembangunan modal insan yang komprehensif;
- Meningkatkan tahap kesihatan masyarakat Orang Asli ke arah sejahteraan hidup;
- Memulihara dan menegakkan Pengetahuan Tradisional serta warisan Orang Asli; dan
- Meningkatkan tahap keberkesanan organisasi dengan mengamalkan dan membudayakan tadbir urus yang baik.
Matlamat utama Jabatan Kemajuan Orang Asli adalah bagi melaksanakan pendekatan pembangunan secara menyeluruh; melibatkan pembangunan sosioekonomi, pendidikan, kesihatan, dan pembangunan modal insan secara terancang dan berterusan. Ia bertujuan bagi mencapai objektif peningkatan pendapatan, memperluas kemudahan prasarana dan ameniti sosial, tahap kesejahteraan hidup yang lebih berkualiti, dengan harapan ia akan melahirkan generasi baru yang berpendidikan dan dinamik. JAKOA juga memberi penekanan terhadap pemeliharaan warisan dan budaya masyarakat Orang Asli di Semenanjung Malaysia.