SPA Negeri Kelantan buka pengambilan banyak jawatan terkini: Gaji RM1,216 hingga RM 9,618

Khabar baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Negeri Kelantan kini sedang membuka pelbagai kekosongan jawatan terkini bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan: –

Maklumat Jawatan

  1. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT GRED F41
    • Gaji: RM2,315 – RM9,618
  2. PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM GRED S41
    • Gaji: RM2,078 – RM9,544
  3. PENOLONG JURUTERA GRED JA29
    • Gaji: RM1,549 – RM5,701
  4. PEMBANTU TADIR(KEWANGAN) GRED W19
    • Gaji: RM1,353 – RM4,005
  5. PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM GRED S19
    • Gaji: RM1,352 – RM4,003
  6. PEMBANTU OPERASI GRED N11
    • Gaji: RM1,216 – RM2,983
  7. PENGHANTAR NOTIS GRED N11
    • Gaji: RM1,216 – RM2,983

 

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Memiliki kelayakan akademik dari peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR) sehingga Ijazah Sarjana Muda mengikut ketetapan khusus setiap jawatan;
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mengikut ketetapan khusus setiap jawatan.

Untuk syarat-syarat kelayakan khusus setiap jawatan, rujuk – DI SINI.

Cara Memohon

Bagi calon yang berminat dan berkelayakan, maklumat terperinci iklan jawatan boleh dilihat – DI SINI.

Manakala, permohonan pula boleh dibuat secara atas talian di Sistem Pendaftaran Pekerja SPA9 (KLIK SINI) dengan mendaftar dahulu di sistem berkenaan dan memilih jawatan yang hendak dimohon.

Pemohon juga perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar dan tepat, serta memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat kelayakan.

Tarikh tutup permohonan pada 28 MAC 2022, ISNIN.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Pelbagai Jawatan Kosong KTMB Sesi Mei 2025: Kelayakan SPM hingga Ijazah

Pelbagai Jawatan Kosong KTMB Sesi Mei 2025: Kelayakan SPM hingga Ijazah

Pada ketika ini, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Senarai Terkini Barangan Yang Boleh Dibeli Dengan SARA/MyKasih

Senarai Terkini Barangan Yang Boleh Dibeli Dengan SARA/MyKasih

Golongan B40 merujuk kepada 40 peratus isi rumah berpendapatan terendah di Malaysia, iaitu mereka yang mempunyai pendapatan isi rumah bulanan…
Jawatan Kosong Jabatan Imigresen Malaysia Mei 2025: Kelayakan Minima SPM

Jawatan Kosong Jabatan Imigresen Malaysia Mei 2025: Kelayakan Minima SPM

Pada ketika ini, Jabatan Imigresen Malaysia Sarawak kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka.…