Starbucks buka lebih 100 jawatan kosong di seluruh Malaysia. Yang berminat, mohon sekarang

Kepada para penggemar kopi, Starbucks bukanlah suatu tempat asing untuk dikunjungi. Memulakan operasi di negara ini pada tahun 1998, kini Starbucks telah bertebaran di serata Malaysia dengan anggaran lebih 100 buah cawangan.

Oleh itu, bagi merancakkan lagi operasi dan memenuhi permintaan, Starbuck Malaysia di bawah kendalian Berjaya Starbucks Coffee Company Sdn Bhd telah membuka lebih 100 kekosongan jawatan sebagai BARISTA, meliputi cawangannya di seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak.

Berikut adalah syarat kelayakan jawatan:

  • Berusia 18 tahun dan ke atas
  • Memiliki sekurangnya SPM atau setaraf
  • Boleh berbahasa Inggeris asas
  • Pengetahuan asas tentang kopi dan minuman
  • Boleh bekerja secara syif

 

Jawatan juga dibuka untuk taraf sepenuh masa atau separuh masa bergantung pada tempat cawangan. Gaji yang ditawarkan pula adalah dari RM1,300 hingga RM1,600.

Manfaat dan cara permohonan:

Pelbagai manfaat disediakan kepada kakitangan, seperti: 

  • Caruman KWSP dan PERKESO
  • Manfaat perubatan
  • Cuti tahunan
  • Elaun makan
  • Uniform disediakan

 

Kepada calon yang berkelayakan dan berminat: MOHON SEKARANG.

__________

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, isu beban kos sara hidup menjadi topik utama yang sering dibincangkan dalam kalangan rakyat Malaysia.…
Pelbagai Jawatan Kosong Gardenia Bakeries: Gaji Sehingga RM3,000++

Pelbagai Jawatan Kosong Gardenia Bakeries: Gaji Sehingga RM3,000++

Pada ketika ini, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Jawatan Kosong Jurutera Dalam Perkhidmatan Awam: Gaji RM2,250 - RM11,110

Jawatan Kosong Jurutera Dalam Perkhidmatan Awam: Gaji RM2,250 - RM11,110

Pada ketika ini, Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka.…