Statistik SPRM dedahkan penjawat awam paling ramai dicekup rasuah

Berdasarkan data Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), didapati separuh daripada kes-kes rasuah yang berlaku di negara ini melibatkan penjawat awam sepanjang enam tahun lalu.

Memetik laporan Sinar Harian, dari tahun 2015 hingga 2020, seramai 5,652 orang telah ditangkap melibatkan pendakwaan rasuah dan daripada jumlah itu, sebanyak 2,683 atau 47.5 peratus adalah terdiri daripada penjawat awam.

Manakala, 1,622 atau 28.7 peratus yang lain melibatkan orang awam dan selebihnya terdiri daripada lain-lain kategori.

Memberitahu hal tersebut, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Seri Shamshun Baharin Mohd Jamil berkata, hal itu berlaku akibat ketirisan dalam sektor awam, khususnya melibatkan kepimpinan yang berkuasa dalam memutuskan perolehan kerajaan.

Dalam masa sama, ia turut berpunca dari kegagalan sistem, pentadbiran dan kurangnya ketelusan serta pemantauan.

“Kerana mementingkan diri sendiri, pelaku rasuah tidak teragak-agak melakukan perkara yang bercanggah dengan prinsip mereka tanpa menyedari tindakan itu mendatangkan kerugian kepada organisasi, masyarakat dan negara.” – katanya, petikan dari laporan Sinar Harian.

Sementara itu, rasuah tidak hanya melibatkan perbuatan seperti memberi dan menerima suapan, sebaliknya Akta SPRM 2009 memperuntukkan empat kesalahan utama rasuah iaitu meminta/menerima suapan, menawar/memberi suapan, membuat tuntutan palsu dan salah guna kedudukan oleh pegawai awam.

 

Sumber: Sinar Harian & Terbitan SPRM.

_____

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong Tenaga Nasional Berhad (TNB): Taraf Jawatan Tetap, Kelayakan Minima SPM

Jawatan Kosong Tenaga Nasional Berhad (TNB): Taraf Jawatan Tetap, Kelayakan Minima SPM

Pada ketika ini, Tenaga Nasional Berhad (TNB) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
200 Jawatan Kosong Guru KAFA: Permohonan Dibuka Sehingga 15 November 2025

200 Jawatan Kosong Guru KAFA: Permohonan Dibuka Sehingga 15 November 2025

Pada ketika ini, Institut Pengajian Islam Dan Dakwah Sabah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sedang mencari calon yang berkualiti untuk…
Jawatan Kosong Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB): Gaji Sehingga RM4,680

Jawatan Kosong Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB): Gaji Sehingga RM4,680

Pada ketika ini, Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang…