str fasa 3

STR 2024 Fasa 3: Berikut maklumat jumlah, tarikh & pembayaran untuk penerima B40 & M40

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri. Antaranya adalah melalui bantuan-bantuan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2024 seperti mana yang dibentangkan oleh Perdana Menteri di Dewan Rakyat pada 24 Februari lalu.

Ia termasuklah dengan meneruskan pelaksanaan bantuan kewangan di bawah program Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan kewangan ini: –

Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

Sumbangan Tunai Rahmah atau STR adalah kesinambungan kepada bantuan-bantuan kewangan sebelum ini seperti Bantuan Prihatin Nasional (BPN), Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), Bantuan Keluarga Malaysia (BPR) dan sebagainya. Bantuan ini diberikan kepada golongan berpendapatan rendah B40 dan M40.

Penerimanya pula merangkumi kategori isi rumah, warga emas dan bujang. Pada tahun 2024 ini, dengan hikmah penyasaran semula subsidi – ia telah membolehkan Kerajaan menambah baik dan meningkatkan pemberian tunai kepada rakyat melalui STR 2024 dalam memastikan isi rumah berpendapatan rendah terus diberi bantuan sewajarnya.

Mereka yang layak menerima STR adalah seperti berikut:

  • Isi Rumah
    • Kahwin; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • Bujang
    • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat;
    • Had umur adalah 21-59 tahun;
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas;
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa;
    • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
  • Warga Emas Tiada Pasangan
    • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat;
    • Had umur adalah 60 tahun dan ke atas;
    • Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.

STR Fasa 3

Seperti mana yang semua telah sedia maklum, pembayaran STR Fasa 2 telah pun dibuat kepada yang layak mulai 03 April lalu secara kredit terus ke akaun atau tuntutan tunai di cawangan-cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Berkenaan dengan maklumat Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 pula, ia dijadualkan akan diagihkan pada bulan Ogos 2024 nanti. Namun begitu, jumlah bayaran kepada setiap penerima masih belum diumumkan secara rasmi dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

JOM MASUK KE TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Dimaklumkan juga bahawa permohonan STR 2024 kini dibuka sepanjang tahun dan tiada tarikh tutup. Oleh itu, kepada mereka yang masih belum memohon, permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) di Portal Rasmi STR atau secara manual melalui borang permohonan.

Borang Permohonan STR (BK-01) boleh didapati secara percuma di Portal Rasmi STR atau Pejabat HASiL / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) HASiL.

Borang yang lengkap diisi kemudiannya perlu dilampirkan bersama dokumen-dokumen sokongan dan diserahkan ke Pejabat HASiL / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) HASiL atau penghantaran secara Pos terhad kepada borang permohonan yang diterima ke alamat seperti berikut:

Peti Surat STR
GPO Shah Alam
40800 Shah Alam
SELANGOR
Atau
Sekretariat STR
Pejabat Belanjawan Negara
Kementerian Kewangan Malaysia
Presint 2
62592 PUTRAJAYA

Selepas permohonan dibuat, semakan status kelulusan boleh dibuat secara atas talian (online) di Portal Rasmi STR dengan tatacara berikut:

  • Log Masuk MySTR;
  • Semakan Status;
  • Maklumat Pembayaran. Di sana nanti akan dipaparkan maklumat seperti Nombor Pengenalan Akaun Kredit, Nama Penerima, Fasa Pembayaran, Jumlah Dikredit, Status Kredit, Nama Bank dan No Akaun Bank.

 

Bagi maklumat lebih lengkap berkenaan STR, sila rujuk di Portal Rasminya – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan RM500 untuk mereka berumur 60 tahun & ke atas: Berikut cara memohon

Bantuan RM500 untuk mereka berumur 60 tahun & ke atas: Berikut cara memohon

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat…
Bantuan Am Persekutuan RM350 dibayar setiap bulan: Ini borang permohonan & cara memohon

Bantuan Am Persekutuan RM350 dibayar setiap bulan: Ini borang permohonan & cara memohon

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan tunai telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan…
Bantuan RM150 ‘one-off’ dibayar kepada semua tanpa had pendapatan: Senarai penuh penerima

Bantuan RM150 ‘one-off’ dibayar kepada semua tanpa had pendapatan: Senarai penuh penerima

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan…