Golongan B40 dan M40 di Malaysia memainkan peranan penting dalam membentuk struktur ekonomi dan sosial negara. B40, yang merujuk kepada 40% penduduk berpendapatan terendah, sering kali menghadapi cabaran besar dalam memastikan kelangsungan hidup harian.
Mereka terdedah kepada beban kos sara hidup yang semakin meningkat, termasuk perbelanjaan asas seperti makanan, tempat tinggal, pendidikan, dan penjagaan kesihatan. Dalam situasi tertentu, mereka juga mungkin bergantung kepada bantuan kerajaan dan inisiatif komuniti untuk memenuhi keperluan mereka.
Sebaliknya, golongan M40, iaitu 40% penduduk dengan pendapatan sederhana, menghadapi cabaran yang berbeza. Walaupun mereka sering berada dalam kedudukan lebih stabil secara kewangan, mereka tetap terkesan oleh isu-isu ekonomi seperti inflasi, cukai, dan kos hidup yang semakin tinggi.
Tambahan pula, dengan tanggungan seperti pendidikan anak-anak, pinjaman rumah, dan penjagaan kesihatan, golongan M40 juga memerlukan sokongan dan dasar yang mesra untuk membantu mengekalkan taraf hidup mereka.
Dalam landskap ekonomi yang berubah-ubah, jurang antara kedua-dua golongan ini semakin mendapat perhatian. Langkah kerajaan seperti bantuan kewangan, subsidi, dan insentif cukai dirangka untuk mengurangkan beban golongan B40 dan memastikan kestabilan bagi M40. Namun, keberkesanan program ini bergantung kepada pemahaman mendalam tentang keperluan sebenar setiap kumpulan.
Dalam usaha membantu kedua-dua golongan ini, pihak Kerajaan telah memperkenalkan sebuah bantuan yang dikenali sebagai Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan STR 2025:-
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah sebuah bantuan Kerajaan kepada golongan berpendapatan rendah serta sederhana yang benar-benar berkelayakan dan memerlukan bagi mendepani cabaran kos sara hidup. Hikmah penyasaran semula subsidi telah membolehkan Kerajaan menambah baik dan meningkatkan pemberian tunai kepada rakyat melalui STR 2025 dalam memastikan isi rumah berpendapatan rendah terus diberi bantuan sewajarnya.
Bagi tahun 2025, syarat-syarat kelayakan STR adalah seperti berikut:
- Isi Rumah
- Kahwin; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Had umur adalah 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
Jumlah Bayaran STR 2025
Kadar pembayaran STR 2025 adalah berbeza mengikut akategori, jumlah pendapatan bulanan dan tanggungan penerima. Ini adalah jumlah pembayaran STR 2025 bagi setiap kategori penerima:
- Isi Rumah (≤ RM2,500)
- Anak 5 orang ke atas: RM2,500
- Anak 3 – 4 orang: RM2,000
- Anak 1 – 2 orang: RM1,500
- Anak 0: RM1,000
- Isi Rumah (RM2,501 – RM5,000)
- Anak 5 orang ke atas: RM1,250
- Anak 3 – 4 orang: RM1,000
- Anak 1 – 2 orang: RM750
- Anak 0: RM500
- Warga Emas Tiada Pasangan (≤ RM5,000)
- Jumlah STR: RM600
- Bujang (≤ RM2,500)
- Jumlah STR: RM600
Cara pembayaran STR akan dibuat dengan kaedah utama iaitu:
- Kredit ke Akaun Bank: Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank penerima / pasangan.
- Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN): Pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya tiada maklumat akaun bank atau status pengkreditan gagal kredit.
SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021
Permohonan Baru & Kemaskini STR 2025
Untuk makluman, permohonan STR 2025 dibuka sepanjang tahun mulai 19 Oktober 2024. Permohonan boleh dibuat sama ada secara atas talian (online) di Portal Rasmi STR atau secara manual dengan mengisi Borang Permohonan STR (BK-01) boleh didapati secara percuma di Portal Rasmi STR atau Pejabat LHDNM / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM.
Pemohon yang boleh membuat Permohonan Baru STR 2025 adalah seperti berikut:
- Pemohon yang tiada rekod dalam sistem STR 2024; serta
- Berpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah; atau
- Berpendapatan RM2,500 dan ke bawah untuk individu bujang / tiada pasangan / tiada anak yang menepati syarat kelayakan.
Bagi kemaskini pula, ia boleh dibuat di Portal Rasmi STR atau menghadiri Pejabat LHDNM / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM.
Bagi maklumat lanjut STR ini, sila rujuk di Portal Rasmi STR – DI SINI.