STR Bujang & Isi Rumah: Ini adalah kadar bayaran, tarikh dan penerimanya bagi tahun 2023

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah bantuan-bantuan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2023 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 24 Februari 2023.

Bantuan yang diperkenalkan itu termasuklah penambahbaikan Sumbangan Tunai Rakyat (STR) bagi tahun 2023.

Bayaran STR Bujang

Untuk pembayaran STR kategori bujang, jumlah keseluruhan yang diberikan adalah sebanyak RM350 dengan pembayaran untuk beberapa fasa.

Berikut adalah jumlah bayaran untuk setiap fasa:

  • Fasa 1: RM100
  • Fasa 2: RM100
  • Fasa 3: RM150

Bayaran STR Isi Rumah

Bagi pembayaran STR kategori Isi Rumah pula, jumlah keseluruhan yang diberikan adalah sebanyak RM2,500 berdasarkan jumlah anak.

Nilai Pembayaran bagi setiap isi rumah adalah seperti di bawah:

Kadar Asas Isi Rumah (pendapatan RM2,500 & ke bawah)

  • RM1,000 (bilangan anak 0)
  • RM1,500 (bilangan anak 1 – 2)
  • RM2,000 (bilangan anak 3 – 4)
  • RM2,500 (bilangan anak 5 ke atas)

Kadar Asas Isi Rumah (pendapatan RM2,501 – RM5,000)

  • RM500 (bilangan anak 0)
  • RM750 (bilangan anak 1 – 2)
  • RM1,000 (bilangan anak 3 – 4)
  • RM1,250 (bilangan anak 5 ke atas)

 

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Tarikh Pembayaran

Pembayaran STR bagi tahun 2023 adalah seperti berikut:

  • Fasa 1: Januari 2023
  • Fasa 2: April 2023
  • Fasa 3: Julai 2023
  • Fasa 4: November 2023

 

Cara pembayarannya pula adalah secara kredit terus ke akaun bank yang telah didaftarkan atau secara penebusan tunai melalui cawangan-cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat.

Untuk maklumat lengkap berkenaan STR dan tatacara membuat permohonan baru serta kemaskini, ia boleh dirujuk di Portal Rasminya – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Dalam landskap sosial Malaysia yang semakin kompleks, peranan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menjadi semakin penting sebagai agensi utama yang memastikan…
Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pada ketika ini, Lembaga Tabung Haji sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Pada ketika ini, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…