Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya dengan kepelbagaian budaya dan masyarakat yang unik. Dalam konteks ekonomi, rakyat Malaysia lazimnya dikategorikan kepada tiga kumpulan pendapatan utama: B40 (40%), M40 (40%), dan T20 (20%). Fokus utama dalam perbincangan dasar awam dan bantuan kerajaan sering tertumpu kepada dua kumpulan utama, iaitu B40 dan M40, kerana kedua-duanya mencerminkan sebahagian besar penduduk yang menghadapi pelbagai cabaran dalam mengekalkan kestabilan kewangan mereka.
Kumpulan B40 merujuk kepada 40% isi rumah dengan pendapatan terendah di Malaysia. Pendapatan isi rumah mereka biasanya berada di bawah RM4,850 sebulan. Golongan ini sering menghadapi cabaran seperti kos sara hidup yang tinggi, akses terhad kepada perkhidmatan kesihatan berkualiti, dan peluang pendidikan yang terhad.
Oleh sebab itu, kerajaan telah memperkenalkan pelbagai bentuk bantuan, seperti Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dan subsidi harga barang, untuk meringankan beban kewangan golongan ini.
Golongan M40 pula terdiri daripada isi rumah dengan pendapatan bulanan antara RM4,851 hingga RM10,970. Walaupun kumpulan ini mempunyai tahap kestabilan kewangan yang lebih baik berbanding B40, mereka juga tidak terlepas daripada tekanan ekonomi, terutamanya apabila kos barangan asas dan perkhidmatan meningkat.
Cabaran utama bagi M40 ialah mereka sering dilihat sebagai golongan yang ‘terlepas pandang’ dalam pelaksanaan bantuan kerajaan, kerana pendapatan mereka berada di luar had kelayakan untuk bantuan tertentu. Kedua-dua kumpulan ini memainkan peranan penting dalam membentuk ekonomi negara.
Dalam masa sama, pihak Kerajaan juga telah memperkenalkan sebuah bantuan yang dikenali sebagai Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Ini adalah maklumat lanjut tentang bantuan berkenaan: –
Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah bantuan tunai yang diberikan kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana yang menepati syarat-syarat kelayakan berikut:
- Isi Rumah
- Kahwin; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Had umur adalah 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
Bagi jumlah pembayaran STR 2025, jumlahnya adalah berbeza-beza mengikut setiap kategori dan ini adalah maklumatnya:
- Isi Rumah (≤ RM2,500)
- Anak 5 orang ke atas: RM2,500
- Anak 3 – 4 orang: RM2,000
- Anak 1 – 2 orang: RM1,500
- Anak 0: RM1,000
- Isi Rumah (RM2,501 – RM5,000)
- Anak 5 orang ke atas: RM1,250
- Anak 3 – 4 orang: RM1,000
- Anak 1 – 2 orang: RM750
- Anak 0: RM500
- Warga Emas Tiada Pasangan (≤ RM5,000)
- Jumlah STR: RM600
- Bujang (≤ RM2,500)
- Jumlah STR: RM600
SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021
Bayaran STR Fasa 1
Bagi pembayaran STR Fasa 1, kadarnya adalah antara RM150 hingga RM500 mengikut setiap kategori. Ini adalah maklumat pembayaran STR Fasa 1:
- Isi Rumah (≤ RM2,500)
- Anak 5 orang ke atas: RM500
- Anak 3 – 4 orang: RM500
- Anak 1 – 2 orang: RM500
- Anak 0: RM500
- Isi Rumah (RM2,501 – RM5,000)
- Anak 5 orang ke atas: RM300
- Anak 3 – 4 orang: RM250
- Anak 1 – 2 orang: RM150
- Anak 0: RM150
- Warga Emas Tiada Pasangan (≤ RM5,000)
- Jumlah STR: RM150
- Bujang (≤ RM2,500)
- Jumlah STR: RM150
Cara pembayaran bantuan ini adalah secara kredit terus ke akaun bank penerima, seperti mana maklumat yang telah diberikan ketika permohonanan/kemaskini dibuat.
Manakala, bagi mereka yang tidak memiliki akaun bank/akaun tidak aktif, pengambilan tunai boleh dibuat di cawangan-cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).
Pembayaran STR Fasa 1 akan mula dibuat secara berperingkat pada 22 Januari 2025. Untuk info lanjut tentang Sumbangan Tunai Rahmah 2025, sila rujuk di Portal Rasmi STR – DI SINI.