Golongan B40 dan M40 merupakan dua kumpulan utama dalam kategori pendapatan di Malaysia yang sering menjadi tumpuan dalam pelbagai dasar kerajaan. B40, atau 40% golongan berpendapatan terendah, merangkumi isi rumah yang berpendapatan bulanan kurang daripada RM4,850.
Sebaliknya, M40, iaitu 40% golongan berpendapatan sederhana, terdiri daripada isi rumah dengan pendapatan antara RM4,851 hingga RM10,970 sebulan. Walaupun kedua-dua golongan ini memainkan peranan penting dalam ekonomi negara, keperluan mereka berbeza dan memerlukan pendekatan yang unik.
Golongan B40 sering menghadapi cabaran seperti kos sara hidup yang tinggi, akses kepada pendidikan, penjagaan kesihatan, dan peluang pekerjaan yang terhad. Oleh itu, mereka memerlukan bantuan bersasar seperti subsidi makanan, bantuan kewangan, dan insentif pendidikan untuk membantu meningkatkan kualiti hidup. Dalam belanjawan tahunan, kerajaan sering memperkenalkan pelbagai inisiatif untuk membantu golongan ini keluar daripada kitaran kemiskinan.
Sementara itu, golongan M40 pula sering terhimpit di antara golongan berpendapatan rendah dan tinggi. Mereka tidak layak untuk kebanyakan bantuan yang disasarkan kepada B40 tetapi turut terkesan dengan kenaikan kos sara hidup. Keperluan mereka biasanya tertumpu kepada insentif cukai, subsidi perumahan, dan akses kepada pendidikan tinggi berkualiti untuk anak-anak mereka.
Memahami keperluan unik golongan B40 dan M40 adalah penting dalam memastikan kesejahteraan semua lapisan masyarakat. Oleh itu, pihak Kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan pelaksanaan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi tahun 2025 ini.
Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
Sumbangan Tunai Rahmah atau STR merupakan bantuan tunai kepada golongan B40 dan M40 bagi meringankan beban mereka dalam menghadapi cabaran kos sara hidup.
Bagi tahun 2025, syarat-syarat kelayakan bagi penerima STR adalah seperti berikut:
- Isi Rumah
- Kahwin; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Had umur adalah 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
Jumlah Pembayaran STR pula ditetapkan berbeza-beza mengikut kategori penerima, pendapatan dan tanggungan masing-masing. Ini adalah maklumatnya:
- Isi Rumah (≤ RM2,500)
- Anak 5 orang ke atas: RM2,500
- Anak 3 – 4 orang: RM2,000
- Anak 1 – 2 orang: RM1,500
- Anak 0: RM1,000
- Isi Rumah (RM2,501 – RM5,000)
- Anak 5 orang ke atas: RM1,250
- Anak 3 – 4 orang: RM1,000
- Anak 1 – 2 orang: RM750
- Anak 0: RM500
- Warga Emas Tiada Pasangan (≤ RM5,000)
- Jumlah STR: RM600
- Bujang (≤ RM2,500)
- Jumlah STR: RM600
STR Fasa 1 2025
Bagi pembayaran STR Fasa 1, ia akan mula diagihkan kepada yang layak secara berperingkat mulai 22 Januari 2025. Pembayarannya pula akan dibuat dengan dua kaedah iaitu secara kredit terus ke akaun penerima atau pengambilan tunai di cawangan-cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat bagi mereka yang tidak membuat akaun bank/tidak aktif.
Jumlah pembayaran STR Fasa 1 kepada setiap kategori adalah seperti berikut:
- Isi Rumah (≤ RM2,500)
- Anak 5 orang ke atas: RM500
- Anak 3 – 4 orang: RM500
- Anak 1 – 2 orang: RM500
- Anak 0: RM500
- Isi Rumah (RM2,501 – RM5,000)
- Anak 5 orang ke atas: RM300
- Anak 3 – 4 orang: RM250
- Anak 1 – 2 orang: RM150
- Anak 0: RM150
- Warga Emas Tiada Pasangan (≤ RM5,000)
- Jumlah STR: RM150
- Bujang (≤ RM2,500)
- Jumlah STR: RM150
SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021
Semakan status kelulusan dan pembayaran STR boleh dibuat di Portal Rasmi STR dengan cara berikut:
- Klik log masuk MySTR
- Masukkan Nombor MyKad Pemohon
- Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
- Masukkan Kata Laluan
- Klik Semakan Status
- Maklumat yang akan dipaparkan:
- Status Permohonan
- Maklumat Pembayaran (Jika Ada)
Untuk info lanjut tentang Sumbangan Tunai Rahmah 2025, sila rujuk di Portal Rasmi STR – DI SINI.