STR

STR Fasa 2 dibayar sebelum Hari Raya: Tarikh rasmi & jumlah bayaran untuk setiap kategori

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah melalui bantuan-bantuan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2023 seperti mana yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada 24 Februari lalu.

Ia termasuklah Sumbangan Tunai Rakyat (STR).

STR Fasa 2

Seperti mana yang semua telah sedia maklum, pembayaran STR Fasa 1 telah disalurkan kepada yang layak pada bulan Januari lalu.

Kadar yang diberikan adalah sebanyak RM300 kepada penerima isi rumah dan RM100 kepada golongan bujang.

Manakala, pembayaran STR Fasa 2 pula akan dibuat pada bulan April 2023 seperti mana yang dijadualkan oleh pihak Kerajaan.

Perdana Menteri ketika berucap di Parlimen berkata, pembayaran STR Fasa 2 akan dibuat pada pertengahan bulan Ramadan atau awal bulan hadapan.

“Saya sudah memberitahu Kementerian Kewangan dan agensi terlibat supaya meringankan mereka dengan bantuan STR fasa 2 yang harus diselesaikan pada pertengahan Ramadan atau awal April, insya-Allah,” katanya.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Kadar STR Fasa 2

Berikut adalah maklumat kadar STR Fasa 2 yang akan disalurkan kepada setiap kategori penerima:

Kadar Asas Isi Rumah (pendapatan RM2,500 & ke bawah)

  • RM200 (bilangan anak 0)
  • RM200 (bilangan anak 1 – 2)
  • RM200 (bilangan anak 3 – 4)
  • RM200 (bilangan anak 5 ke atas)

Kadar Asas Isi Rumah (pendapatan RM2,501 – RM5,000)

  • RM200 (bilangan anak 0)
  • RM200 (bilangan anak 1 – 2)
  • RM200 (bilangan anak 3 – 4)
  • RM200 (bilangan anak 5 ke atas)

Warga Emas Sebatang Kara ≥ 60 tahun

  • RM100

Bujang 21 – 59 tahun

  • RM100

Bujang OKU 19 – 59 tahun

  • RM100

 

Pembayarannya pula akan dibuat sama ada secara kredit terus ke akaun bank atau tuntutan tunai di cawangan-cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh negara.

Maklumat lebih lengkap berkenaan Belanjawan 2023 boleh dirujuk secara teliti di Portal Rasmi Kementerian Kewangan – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

STR Fasa 3 dibayar bulan depan: Maklumat senarai penuh penerima dan jumlah bayaran

STR Fasa 3 dibayar bulan depan: Maklumat senarai penuh penerima dan jumlah bayaran

Untuk membantu rakyat Malaysia yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau…
Bantuan e-Dompet RM200 dibayar bulan ini: Senarai penuh penerima yang akan dikreditkan

Bantuan e-Dompet RM200 dibayar bulan ini: Senarai penuh penerima yang akan dikreditkan

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan…
Tiga tahun tak dibayar OT: Ini kisah Pekerja Keselamatan yang menang tuntutan RM58,000

Tiga tahun tak dibayar OT: Ini kisah Pekerja Keselamatan yang menang tuntutan RM58,000

Penantian seorang Pekerja Keselamatan sebuah bengkel dan pusat tuntutan insurans akhirnya membuahkan hasil apabila menang kes tuntutan kerja lebih masanya…