fasa 2

STR Fasa 2 dikreditkan secara berperingkat: Berikut senarai bank yang telah dikreditkan ke akaun penerima

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya melalui Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2023. Pada ketika ini, pembayaran STR Fasa 2 telah pun tiba dan mula dikreditkan.

Berikut maklumat lanjut berkenaan bantuan kewangan ini: –

STR Fasa 2

Bagi pembayaran STR Fasa 2, ia akan dibuat dengan kadar berikut:

Kadar Asas Isi Rumah (pendapatan RM2,500 & ke bawah)

  • RM200 (bilangan anak 0)
  • RM200 (bilangan anak 1 – 2)
  • RM200 (bilangan anak 3 – 4)
  • RM200 (bilangan anak 5 ke atas)

Kadar Asas Isi Rumah (pendapatan RM2,501 – RM5,000)

  • RM200 (bilangan anak 0)
  • RM200 (bilangan anak 1 – 2)
  • RM200 (bilangan anak 3 – 4)
  • RM200 (bilangan anak 5 ke atas)

Warga Emas Sebatang Kara ≥ 60 tahun

  • RM100

Bujang 21 – 59 tahun

  • RM100

Bujang OKU 19 – 59 tahun

  • RM100

Pembayaran STR Fasa 2

Berdasarkan pembayaran sebelum ini, STR Fasa 2 akan dikreditkan ke akaun penerima secara berperingkat melalui akaun bank masing-masing.

Bagi yang tidak memiliki akaun bank atau akaun berstatus tidak aktif, pengambilan tunai boleh dibuat melalui cawangan-cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Berdasarkan tinjauan di media sosial, masih ramai yang belum menerima pembayaran STR Fasa 2 ke akaun bank masing-masing.

Oleh itu, berdasarkan dapatan melalui hantaran-hantaran di media sosial, antara bank yang telah dikreditkan pembayaran STR Fasa 2 adalah Bank Simpanan Nasional (BSN), Malayan Banking Berhad (Maybank), RHB Bank, Public Bank (di negeri-negeri tertentu) dan Ambank (di negeri-negeri tertentu).

Manakala, bank-bank lain masih dalam proses pembayaran dan akan dilaksanakan secara berperingkat.

Maklumat lebih lengkap berkenaan Belanjawan 2023 boleh dirujuk secara teliti di Portal Rasmi Kementerian Kewangan – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Lebih 600 Kekosongan Jawatan Dalam Pelbagai Kementerian/Jabatan: Gaji Sehingga RM4,680

Lebih 600 Kekosongan Jawatan Dalam Pelbagai Kementerian/Jabatan: Gaji Sehingga RM4,680

Pada ketika ini, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka di…
JAIS Buka Pengambilan Banyak Jawatan Kosong: Gaji Sehingga RM 11,110

JAIS Buka Pengambilan Banyak Jawatan Kosong: Gaji Sehingga RM 11,110

Pada ketika ini, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang…
Bantuan Sara Diri 2025 Telah Mula Diagihkan: Ini Maklumat Penuh Jumlah Bayarannya

Bantuan Sara Diri 2025 Telah Mula Diagihkan: Ini Maklumat Penuh Jumlah Bayarannya

Mahasiswa merupakan aset penting negara yang bakal menerajui kepimpinan dan pembangunan masa depan. Golongan ini bukan sekadar penuntut ilmu di…