fasa 2

STR Fasa 2 telah dikreditkan ke akaun minggu lepas: Jumlah bayaran & penerima yang layak

Bagi membantu mereka yang memerlukan, khususnya kepada golongan B40 dan M40 – pelbagai jenis bantuan serta inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan. Antaranya termasuklah dengan meneruskan pelaksanaan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di bawah Belanjawan 2024 tahun ini.

STR adalah sebuah bantuan tunai kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana yang benar-benar berkelayakan serta memerlukan bagi mendepani cabaran kos sara hidup.

Kadar pemberiannya juga telah ditambahbaik, sesuai dengan hikmah penyasaran semula subsidi yang dilaksanakan oleh Kerajaan. Bagi tahun 2024 ini, STR diberikan kepada penerima isi rumah, bujang dan warga emas.

Syarat-syarat Kelayakan STR Fasa 2024

  • Isi Rumah
    • Kahwin; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • Bujang
    • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat;
    • Had umur adalah 21-59 tahun;
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas;
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa;
    • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
  • Warga Emas Tiada Pasangan
    • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat;
    • Had umur adalah 60 tahun dan ke atas;
    • Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.

Kadar STR Fasa 2

Untuk STR Fasa 2, ia diberikan kepada penerima isi rumah, warga emas dan bujang dengan kadar tertentu mengikut pendapatan dan tanggungan masing-masing. Berikut adalah jumlah bayarannya:

  • Isi Rumah Pendapatan RM2,500 & ke bawah
    • Bilangan anak 0: RM150
    • Bilangan anak 1 – 2: RM300
    • Bilangan anak 3 – 4: RM500
    • Bilangan anak 5 & ke atas:RM650
  • Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000
    • Bilangan anak 0: RM100
    • Bilangan anak 1 – 2: RM200
    • Bilangan anak 3 – 4: RM250
    • Bilangan anak 5 & ke atas: RM1300
  • Bujang Pendapatan RM2,500 & ke bawah
    • STR Fasa 2: RM100
  • Warga Emas Tiada Pasangan Pendapatan RM5,000 & ke bawah
    • STR Fasa 2: RM150

Tarikh Pembayaran STR Fasa 2

Secara rasminya, pembayaran STR Fasa 2 telah mula disalurkan secara berperingkat pada 03 April 2024 lalu kepada setiap yang layak dan diluluskan permohonannya. Cara pembayaran pula seperti sebelumnya iaitu secara kredit terus ke akaun penerima.

Manakala, bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank – tuntutan tunai boleh dibuat di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh negara.

Untuk yang hendak membuat semakan kelulusan STR, ia boleh dibuat secara atas talian (online) di Portal Rasmi STR dengan tatacara berikut:

  • Log Masuk MySTR;
  • Semakan Status;
  • Maklumat Pembayaran. Di sana nanti akan dipaparkan maklumat seperti Nombor Pengenalan Akaun Kredit, Nama Penerima, Fasa Pembayaran, Jumlah Dikredit, Status Kredit, Nama Bank dan No Akaun Bank.

 

JOM MASUK KE TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Permohonan STR  dibuka sepanjang tahun mulai 01 November 2023. Makanya, bagi mereka yang masih belum memohon, permohonan boleh dibuat melalui Portal Rasmi STR.

Permohonan juga boleh dibuat secara manual dengan mengisi Borang Permohonan STR (BK-01) yang boleh didapati secara percuma di Portal Rasmi STR atau Pejabat HASiL / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) HASiL.

Borang yang lengkap seterusnya perlu dilampirkan bersama dokumen-dokumen sokongan dan diserahkan ke Pejabat HASiL / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) HASiL atau penghantaran secara Pos terhad kepada borang permohonan yang diterima ke alamat seperti berikut:

Peti Surat STR
GPO Shah Alam
40800 Shah Alam
SELANGOR
Atau
Sekretariat STR
Pejabat Belanjawan Negara
Kementerian Kewangan Malaysia
Presint 2
62592 PUTRAJAYA

Bagi maklumat lebih lengkap berkenaan STR, sila rujuk di Portal Rasminya – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan Kewangan RM150 kepada semua rakyat Malaysia tanpa had pendapatan: Ini tarikh bayaran

Bantuan Kewangan RM150 kepada semua rakyat Malaysia tanpa had pendapatan: Ini tarikh bayaran

Musim persekolahan baharu semakin menghampiri, dan ibu bapa pastinya sibuk membuat persiapan bagi memastikan anak-anak memulakan sesi persekolahan dengan lancar.…
Jawatan Kosong Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ~ Kelayakan Minima SPM

Jawatan Kosong Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ~ Kelayakan Minima SPM

Pada ketika ini, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
STR RM2,500 Dikreditkan Ke Akaun Bank atau Boleh Diambil Secara Tunai: Senarai Semak Penerima

STR RM2,500 Dikreditkan Ke Akaun Bank atau Boleh Diambil Secara Tunai: Senarai Semak Penerima

Keperluan rakyat merupakan elemen asas dalam membentuk sebuah masyarakat yang sejahtera dan negara yang maju. Setiap individu mempunyai keperluan asas…