dibayar

STR Fasa 3 akan dibayar tak lama lagi: Cara semak status & jumlah bayaran yang diluluskan

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah bantuan-bantuan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2023 seperti mana yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada 24 Februari lalu.

Berikut adalah antara bantuan kewangan yang diperkenalkan: –

STR Fasa 3

Sumbangan Tunai Rahmah atau STR adalah bantuan tunai yang diberikan kepada rakyat Malaysia daripada kalangan kumpulan B40 dan M40.

Bantuan ini juga merupakan kesinambungan kepada bantuan-bantuan tunai sebelum ini iaitu seperti Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dan sebagainya.

Bagi pembayaran STR Fasa 1 dan Fasa 2, ia telah pun selesai disalurkan kepada yang layak pada bulan Januari dan April lalu.

Berikut adalah maklumat berkenaan senarai penerima dan jumlah bayaran STR Fasa 3:

Isi Rumah Pendapatan RM2,500 & ke bawah

  • Bilangan anak 0: RM300
  • Bilangan anak 1 – 2: RM400
  • Bilangan anak 3 – 4: RM600
  • Bilangan anak 5 & ke atas: RM800

Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000

  • Bilangan anak 0: Tiada pembayaran
  • Bilangan anak 1 – 2: RM150
  • Bilangan anak 3 – 4: RM200
  • Bilangan anak 5 & ke atas: RM250

 

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Warga Emas Sebatang Kara (60 tahun ke atas)

  • STR Fasa 2: RM200

Bujang 21 – 59 tahun

  • STR Fasa 2: RM150

Bujang OKU 19 – 59 tahun

  • STR Fasa 2: RM150

Cara Semak Status

Pembayaran STR Fasa 3 akan dibuat pada bulan Julai 2023 kepada yang layak seperti mana yang dinyatakan di atas.

Bagi mereka yang telah mengemukakan permohonan atau mengemaskini permohonan sebelum ini, semakan status kelayakan boleh dibuat secara atas talian (online) di Portal Rasmi STR.

Tatacaranya adalah seperti berikut:

  • Layari Portal Rasmi STR;
  • Log masuk di portal berkenaan dengan mengisi maklumat nombor Kad Pengenalan;
  • Klik semak dan sahkan kata kunci keselamatan;
  • Isi kata laluan di ruang yang ditetapkan dan log masuk;
  • Klik menu ‘Semakan Permohonan’.

Bagi maklumat lebih lengkap berkenaan Belanjawan 2023 dan BMT, sila rujuk di Portal Rasminya – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Dalam landskap sosial Malaysia yang semakin kompleks, peranan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menjadi semakin penting sebagai agensi utama yang memastikan…
Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pada ketika ini, Lembaga Tabung Haji sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Pada ketika ini, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…