Dalam landskap ekonomi Malaysia yang semakin mencabar, dua kumpulan yang sering menjadi tumpuan dalam perbincangan dasar dan kebajikan ialah golongan B40 dan M40. Kategori ini merujuk kepada isi rumah yang berada dalam 40% terendah dan 40% pertengahan dari segi pendapatan.
B40 lazimnya merangkumi isi rumah yang berpendapatan kurang daripada RM4,850 sebulan, manakala M40 terdiri daripada mereka yang berpendapatan antara RM4,851 hingga RM10,970 sebulan. Walaupun berbeza dari segi pendapatan, kedua-dua golongan ini menghadapi pelbagai cabaran tersendiri dalam menyesuaikan diri dengan kos sara hidup yang meningkat saban tahun.
Bagi golongan B40, keperluan asas seperti makanan, tempat tinggal, pendidikan dan penjagaan kesihatan seringkali menjadi beban yang berat. Ramai antara mereka bergantung kepada bantuan kerajaan seperti bantuan tunai, subsidi, dan program kebajikan untuk meneruskan kehidupan. Dalam masa yang sama, peluang untuk keluar dari belenggu kemiskinan seringkali terhad disebabkan kekangan pendidikan, akses kepada peluang pekerjaan berkualiti, serta jurang digital.
Di pihak lain, golongan M40 pula sering dianggap sebagai “tersepit” — tidak cukup miskin untuk menerima bantuan, tetapi tidak cukup kaya untuk hidup selesa. Kumpulan ini turut terkesan dengan kenaikan harga barangan, cukai, serta komitmen hutang seperti pinjaman rumah, kereta dan pendidikan. Mereka juga berisiko tergelincir ke kumpulan B40 jika berlaku kejutan kewangan seperti kehilangan pekerjaan atau masalah kesihatan yang tidak dijangka.
Justeru, memahami keperluan sebenar kedua-dua kumpulan ini adalah penting untuk merangka dasar yang lebih adil dan inklusif. Pendekatan bersasar yang mengiktiraf realiti ekonomi semasa boleh membantu memastikan tiada sesiapa yang tercicir dalam arus pembangunan negara.
Antara insiatif yang telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu golongan B40 dan M40 yang memerlukan adalah Sumbangan Tunai Rahmah atau STR.
Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
Sumbangan Tunai Rahmah atau STR merupakan bantuan tunai kepada golongan B40 dan M40. Ia diperkenalkan dengan objektif meringankan beban sara hidup mereka.
Syarat-syarat kelayakan STR ditetapkan seperti berikut:
- Isi Rumah
- Kahwin; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Had umur adalah 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
Kadar STR 2025
Bagi tahun 2025, kadar STR ditetapkan dari RM600 hingga RM2,500 bagi setiap kategori penerima. Ini adalah maklumatnya:
- Isi Rumah (≤ RM2,500)
- Anak 5 orang ke atas: RM2,500
- Anak 3 – 4 orang: RM2,000
- Anak 1 – 2 orang: RM1,500
- Anak 0: RM1,000
- Isi Rumah (RM2,501 – RM5,000)
- Anak 5 orang ke atas: RM1,250
- Anak 3 – 4 orang: RM1,000
- Anak 1 – 2 orang: RM750
- Anak 0: RM500
- Warga Emas Tiada Pasangan (≤ RM5,000)
- Jumlah STR: RM600
- Bujang (≤ RM2,500)
- Jumlah STR: RM600
Tarikh Pembayaran STR 2025
Pembayaran STR dibuat dengan dua kaedah utama iaitu secara kredit terus ke akaun penerima atau pengambilan tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi mereka yang tiada akaun bank/akaun tidak aktif.
Bagi pembayaran STR, Fasa 1 telah pun dibayar pada bulan Januari lalu dan Fasa 2 pula pada bulan Mac 2025. Berkenaan dengan Fasa 3, tarikh rasminya masih belum dimaklumkan secara rasmi. Berdasarkan pembayaran STR tahun lalu – ia dibayar pada bulan Ogos.
Semakan status kelulusan STR boleh dibuat secara atas talian (online) melalui Portal Rasmi STR dengan tatacara berikut:
- Klik log masuk MySTR;
- Masukkan Nombor MyKad Pemohon;
- Pengesahan Kata Kunci Keselamatan;
- Masukkan Kata Laluan;
- Klik Semakan Status;
- Maklumat yang akan dipaparkan:
- Status Permohonan
- Maklumat Pembayaran (Jika Ada)
SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021
Semakan juga boleh dibuat dengan menghubungi talian Hotline BKK : 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang) atau
hadir ke Pejabat HASiL yang berhampiran.
Untuk info lanjut tentang Sumbangan Tunai Rahmah 2025, sila rujuk di Portal Rasmi STR – DI SINI.