str fasa 3

STR Fasa 3: Jumlah bayaran, tarikh pembayaran & senarai penuh penerima

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah melalui bantuan-bantuan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2023 seperti mana yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada 24 Februari lalu.

Ia termasuklah bantuan kewangan yang dikenali sebagai Sumbangan Tunai Rakyat (STR).

STR Fasa 3

Seperti mana yang semua telah sedia maklum, pembayaran STR Fasa 1 dan 2 telah pun dibuat pada bulan Januari dan April 2023 lalu.

Kadar pembayaran STR Fasa 1 adalah sebanyak RM300 kepada isi rumah dan RM100 untuk bujang. Manakala, STR Fasa 2 pula dibayar dengan kadar RM200 kepada semua kategori penerima.

Berikut pula adalah maklumat lanjut berkenaan kadar STR Fasa 3:

Kadar Asas Isi Rumah (pendapatan RM2,500 & ke bawah)

  • RM300 (bilangan anak 0)
  • RM400 (bilangan anak 1 – 2)
  • RM600 (bilangan anak 3 – 4)
  • RM800 (bilangan anak 5 ke atas)

Kadar Asas Isi Rumah (pendapatan RM2,501 – RM5,000)

  • RM150 (bilangan anak 1 – 2)
  • RM200 (bilangan anak 3 – 4)
  • RM250 (bilangan anak 5 ke atas)

Warga Emas Sebatang Kara ≥ 60 tahun

  • RM200

Bujang 21 – 59 tahun

  • RM150

Bujang OKU 19 – 59 tahun

  • RM150

Tarikh Pembayaran

Berdasarkan maklumat dari Kementerian Kewangan, pembayaran STR Fasa 3 akan dibuat pada bulan Julai 2023.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Untuk yang mahu membuat semakan status kelulusan STR, ia boleh dibuat secara atas talian di Portal Rasmi STR dengan log masuk dan klik pada menu semakan status.

Maklumat lebih lengkap berkenaan Belanjawan 2023 boleh dirujuk secara teliti di Portal Rasmi Kementerian Kewangan – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Dalam landskap sosial Malaysia yang semakin kompleks, peranan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menjadi semakin penting sebagai agensi utama yang memastikan…
Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pada ketika ini, Lembaga Tabung Haji sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Pada ketika ini, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…