Bagi membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan tunai telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri. Bantuan-bantuan tunai ini diberikan dengan tujuan untuk membantu mereka yang berpendapatan sederhana dan rendah.
Ia termasuklah bantuan-bantuan di bawah Belanjawan 2024 seperti mana yang dibentangkan oleh Perdana Menteri di Dewan Rakyat. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan tunai yang diperkenalkan itu: –
STR (Sumbangan Tunai Rahmah)
STR atau Sumbangan Tunai Rahmah adalah bantuan kewangan kepada golongan berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40). Kategori penerima pula merangkumi isi rumah, warga emas dan bujang, tetapi dengan kadar tertentu berdasarkan pendapatan bulanan masing-masing.
Bagi kriteria kelayakan STR 2024, ia ditetapkan seperti berikut:
- Isi Rumah
- Kahwin; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat;
- Had umur adalah 21-59 tahun;
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas;
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa;
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
- Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat;
- Had umur adalah 60 tahun dan ke atas;
- Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.
STR Fasa 3
Berdasarkan jadual yang telah diterbitkan secara rasmi, pembayaran STR Fasa 3 akan dibayar pada bulan Ogos 2024. Namun begitu, kadar rasmi dan tarikh pembayaran masih belum diumumkan dan akan dikemaskini dari masa ke semasa.
Dalam masa sama, semakan status STR boleh dibuat di Portal Rasmi STR dengan tatacara berikut:
- Klik log masuk di Portal Rasmi STR (MySTR);
- Masukkan Nombor MyKad Pemohon;
- Pengesahan Kata Kunci Keselamatan;
- Masukkan Kata Laluan;
- Klik Semakan Status;
- Maklumat yang akan dipaparkan:
- Status Permohonan
- Maklumat Pembayaran (jika ada)
Permohonan dan Kemaskini STR
Untuk makluman, permohonan baru dan kemaskini STR dibuka sepanjang tahun 2024 dan boleh dibuat secara atas talian (online) di Portal Rasmi STR. Permohonan dan kemaskini juga boleh dibuat di e Pejabat HASiL / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) HASiL terdekat.
Secara lebih khusus, pemohon yang perlu membuat Permohonan Baharu STR 2024 adalah seperti berikut:
- Pemohon yang tiada rekod dalam sistem STR 2024; serta
- Berpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah; atau
- Berpendapatan RM2,500 dan ke bawah untuk individu bujang / tiada pasangan / tiada anak yang menepati syarat kelayakan.
Antara dokumen-dokumen yang diperlukan untuk permohonan STR adalah seperti di bawah:
- Pemohon:
- Salinan Sijil Perkahwinan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN; atau
- Salinan Sijil Kematian pasangan yang dikeluarkan oleh JPN; atau
- Sijil Perceraian / Pembubaran Perkahwinan (asal dan salinan) yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN; atau
- Salinan Sijil Dekri Nisi / Dekri Nisi Mutlak yang dikeluarkan oleh Mahkamah; atau
- Salinan Kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi pemohon berumur 19 – 20 tahun pada tahun 2024.
- Pasangan:
- Salinan pengenalan Pasangan (MyKad / MyPR / MyKAS); atau
- Salinan Pasport / Visa / UNHCR / Pas Sempadan
- Anak:
- Anak Kandung
- Salinan Sijil Lahir; dan
- Salinan MyKad / MyKid
- Anak Angkat
- Salinan MyKad / MyKid; dan
- Salinan Sijil Daftar Anak Angkat yang dikeluarkan oleh JPN
- Anak Kandung
Untuk maklumat lanjut, lengkap dan terperinci berkenaan STR 2024 boleh dirujuk di Portal Rasminya – DI SINI.