STR Fasa 3

STR Fasa 3 mula dibayar 29 Ogos 2024 (Khamis) ini: Senarai penuh penerima

Pada ketika ini, antara perkara utama yang menjadi perhatian adalah kos sara hidup yang semakin meningkat. Prihatin dengan keadaan itu, pihak Kerajaan di bawah Belanjawan 2024 telah memperkenalkan pelbagai jenis bantuan kepada mereka yang memerlukan terutama mereka yang berpendapatan sederhana (M40) dan rendah (B40).

Antaranya adalah apabila pihak Kerajaan bersetuju untuk meneruskan pelaksanaan Sumbangan Tunai Rahmah atau STR. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan tunai yang diperkenalkan itu: –

Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

Sumbangan Tunai Rahmah atau STR adalah bantuan tunai Kerajaan dan kesinambungan kepada bantuan-bantuan sebelum ini seperti Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), Bantuan Prihatin Nasional (BPN), Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) serta sebagainya.

Dengan hikmah penyasaran semula subsidi, ia telah membolehkan Kerajaan menambah baik dan meningkatkan pemberian tunai kepada B40 dan M40 melalui STR 2024 dalam memastikan isi rumah berpendapatan rendah terus diberi bantuan sewajarnya.

Syarat-syarat Kelayakan STR 2024

  • Isi Rumah
    • Kahwin; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • Bujang
    • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat;
    • Had umur adalah 21-59 tahun;
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas;
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa;
    • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
  • Warga Emas Tiada Pasangan
    • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat;
    • Had umur adalah 60 tahun dan ke atas;
    • Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.

 

Namun begitu, individu bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas termasuk OKU berumur 19 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.

STR Fasa 3

Pembayaran STR dibuat sebanyak empat fasa. Bagi Fasa 1 dan Fasa 2, pembayarannya dibuat pada bulan Januari dan April 2024. Manakala, pembayaran bagi STR Fasa 3 pula akan mula dibuat secara berperingkat pada 29 Ogos 2024 (Khamis).

STR Fasa 3 akan melibatkan lebih 8 juta penerima serta membabitkan penerima sedia ada, manakala bagi penerima baharu atau rayuan pula akan menerima STR mulai 18 September.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

“Penerima sedia ada dan penerima baharu atau rayuan yang berdaftar dalam pangkalan data STR akan menerima pembayaran STR Fasa 3 melalui pengkreditan ke dalam akaun bank atau disalurkan secara tunai melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) secara berperingkat.

“Oleh itu MOF ingin menasihati penerima STR untuk sentiasa berwaspada dengan pautan yang tidak sahih oleh pihak tidak bertanggungjawab bagi mendapatkan maklumat berkaitan program STR. Sebagai perlindungan daripada kes penipuan (scam), pihak MOF tidak membuat penghantaran SMS dan mesej WhatsApp meminta maklumat peribadi kepada individu,” petikan kenyataan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF).

Maklumat Tambahan

Dalam masa sama, di bawah Belanjawan 2024 – peruntukan STR telah ditingkatkan sebanyak RM2 bilion atau 25% daripada RM8 bilion pada tahun 2023 kepada RM10 bilion yang memanfaatkan penerima yang meliputi hampir 60% penduduk dewasa Malaysia.

Penambahbaikan STR 2024 itu sejajar dengan pendekatan Kerajaan MADANI untuk menumpukan sumber kewangan negara kepada rakyat yang memerlukan bantuan. Dengan lebih penambahbaikan kepada pengurusan kewangan dan tatakelola, Kerajaan akan mampu untuk memberi lebih bantuan pada masa kelak kepada golongan terbanyak serta rentan agar tiada rakyat yang tercicir.

Mulai 2024, Kerajaan telah mengambil pendekatan baru dengan membuka pendaftaran STR 2024 sepanjang tahun bagi memberi peluang kepada lebih ramai rakyat mendapat manfaat daripada bantuan Kerajaan.

ARTIKEL BERKAITAN

Senarai Penuh Penerima RM100 Dalam MyKad Setiap Bulan Tahun Ini (2025): Cara Semak Bantuan SARA

Senarai Penuh Penerima RM100 Dalam MyKad Setiap Bulan Tahun Ini (2025): Cara Semak Bantuan SARA

Golongan B40 atau 40% isi rumah berpendapatan terendah di Malaysia. Dalam konteks ekonomi negara, mereka adalah kumpulan yang paling terkesan…
Pelbagai Jawatan Kosong Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK): Gaji RM2,265 - RM6,680

Pelbagai Jawatan Kosong Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK): Gaji RM2,265 - RM6,680

Pada ketika ini, Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang…
STR Fasa 1 Mula Dikreditkan Ke Akaun Hari Ini (22 Januari 2025): Jumlah Bayaran Isi Rumah, Bujang & Warga Emas

STR Fasa 1 Mula Dikreditkan Ke Akaun Hari Ini (22 Januari 2025): Jumlah Bayaran Isi Rumah, Bujang & Warga Emas

Golongan B40 dan M40 merupakan dua kumpulan utama dalam kategori pendapatan di Malaysia yang sering menjadi tumpuan dalam pelbagai dasar…