str fasa 3

STR Fasa 3 mula dibayar secara berperingkat: Semak bank-bank yang telah dikreditkan ke akaun

Masa masa kini, antara perkara yang menjadi perhatian utama Kerajaan adalah kenaikan kos sara hidup. Prihatin dengan keadaan itu, pihak Kerajaan di bawah Belanjawan 2024 telah memperkenalkan pelbagai jenis bantuan kepada mereka yang memerlukan khususnya mereka yang berpendapatan sederhana (M40) dan rendah (B40).

Antaranya adalah apabila pihak Kerajaan bersetuju untuk meneruskan pelaksanaan Sumbangan Tunai Rahmah atau STR. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan tunai yang diperkenalkan itu: –

Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

Sumbangan Tunai Rahmah atau STR adalah bantuan kewangan dan kesinambungan bantuan-bantuan sebelum ini seperti Bantuan Prihatin Nasional (BPN), Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM).

Hikmah penyasaran semula subsidi juga telah membolehkan Kerajaan menambah baik dan meningkatkan pemberian tunai kepada rakyat melalui STR 2024 dalam memastikan isi rumah berpendapatan rendah terus diberi bantuan sewajarnya.

Berikut adalah maklumat kriteria kelayakan STR 2024 bagi setiap kategori penerima (isi rumah, bujang dan warga emas):

  • Isi Rumah
    • Kahwin; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • Bujang
    • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat;
    • Had umur adalah 21-59 tahun;
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas;
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa;
    • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
  • Warga Emas Tiada Pasangan
    • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat;
    • Had umur adalah 60 tahun dan ke atas;
    • Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.

STR Fasa 3

Bagi pembayaran STR, ia dibayar sebanyak empat fasa pada tahun ini. Pembayaran Fasa 1 dan Fasa 2 telah pun selesai disalurkan kepada yang layak pada bulan Januari dan April lalu. Berkenaan dengan pembayaran STR Fasa 3 pula, ia mula dibayar secara berperingkat pada 29 Ogos 2024.

Ia dikreditkan terus ke akaun bank penerima seperti mana maklumat ketika permohonan dibuat. Berdasarkan tinjauan, antara bank yang telah dikreditkan adalah Bank Simpanan Nasional (BSN). Selepas itu, diikuti oleh bank-bank lain seperti Maybank, CIMB Bank, Bank Rakyat, Agro Bank, Bank Islam, RHB dan sebagainya.

Bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank atau ia berstatus tidak aktif pula, pengambilan tunai boleh dibuat di cawangan-cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran.

Jumlah bayaran STR Fasa 3 adalah seperti berikut:

  • Isi Rumah Pendapatan RM2,500 & ke bawah
    • Bilangan anak 0: RM150
    • Bilangan anak 1 – 2: RM350
    • Bilangan anak 3 – 4: RM500
    • Bilangan anak 5 & ke atas:RM650
  • Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000
    • Bilangan anak 0: RM150
    • Bilangan anak 1 – 2: RM200
    • Bilangan anak 3 – 4: RM250
    • Bilangan anak 5 & ke atas: RM300
  • Bujang Pendapatan RM2,500 & ke bawah
    • STR Fasa 3: RM50
  • Warga Emas Tiada Pasangan Pendapatan RM5,000 & ke bawah
    • STR Fasa 3: RM150

Semakan STR 2024

Bagi penerima STR pada tahun-tahun sebelum ini atau mereka yang membuat permohonan baru pada tahun ini, semakan status STR boleh dibuat secara atas talian (online) di Sistem MySTR. Tatacaranya adalah seperti di bawah:

  • Klik log masuk MySTR;
  • Masukkan Nombor MyKad Pemohon;
  • Pengesahan Kata Kunci Keselamatan;
  • Masukkan Kata Laluan;
  • Klik Semakan Status;
  • Maklumat yang akan dipaparkan:
    • Status Permohonan
    • Maklumat Pembayaran (Jika Ada)

 

Dalam masa sama, permohonan STR bagi tahun ini dibuka sepanjang tahun mulai 01 November 2023. Oleh itu, bagi mereka yang masih belum memohon, permohonan boleh dibuat melalui Portal Rasmi STR.

Bagi maklumat lebih lengkap berkenaan STR, sila rujuk di Portal Rasminya – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Tarikh dan Jumlah Bayaran STR Fasa 1: Dibayar Terus ke Akaun atau Pengambilan Tunai di BSN

Tarikh dan Jumlah Bayaran STR Fasa 1: Dibayar Terus ke Akaun atau Pengambilan Tunai di BSN

Golongan B40 dan M40 sering menjadi perhatian dalam pelbagai perbincangan mengenai ekonomi, kebajikan, dan dasar kerajaan di Malaysia. Secara asasnya,…
Jawatan Kosong Jabatan Pendaftaran Negara (JPN): Syarat Kelayakan SPM hingga Ijazah

Jawatan Kosong Jabatan Pendaftaran Negara (JPN): Syarat Kelayakan SPM hingga Ijazah

Pada ketika ini, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Dividen ASB Telah Dikreditkan: Ini Cara Membuat Pengeluaran ASB Secara Online

Dividen ASB Telah Dikreditkan: Ini Cara Membuat Pengeluaran ASB Secara Online

Amanah Saham Bumiputera (ASB) merupakan salah satu produk pelaburan yang diperkenalkan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) dengan matlamat untuk membantu…