fasa 3

STR Fasa 3: Semakan status, jumlah bayaran, senarai penerima & tarikh bayaran

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri. Antaranya adalah melalui bantuan-bantuan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2024 seperti mana yang dibentangkan oleh Perdana Menteri di Dewan Rakyat.

Kerajaan juga telah bersetuju untuk meneruskan pelaksanaan bantuan kewangan di bawah program Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan kewangan ini: –

Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

Seperti mana yang semua sedia maklum, sebelum ini telah ada pelbagai jenis bantuan tunai yang diberikan kepada rakyat Malaysia seperti Bantuan Prihatin Nasional (BPN), Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dan sebagainya. Makanya, STR adalah kesinambungan kepada bantuan-bantuan yang telah diperkenalkan itu.

STR pada asasnya diberikan kepada golongan berpendapatan rendah (B40) dan berpendapatan sederhana (M40) mengikut kadar pendapatan serta tanggungan masing-masing. Ia juga diberikan kepada kategori merangkumi isi rumah, bujang dan warga emas.

Bagi tahun 2024 ini, syarat-syarat kelayakan STR adalah seperti berikut:

  • Isi Rumah
    • Kahwin; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • Bujang
    • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat;
    • Had umur adalah 21-59 tahun;
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas;
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa;
    • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
  • Warga Emas Tiada Pasangan
    • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat;
    • Had umur adalah 60 tahun dan ke atas;
    • Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.

STR Fasa 3

Bagi pembayaran STR Fasa 1, ia telah pun dibuat pada bulan Januari lalu. Manakala, untuk Fasa 2 pula, ia telah pun disalurkan kepada yang layak mulai 03 April lalu secara kredit terus ke akaun atau tuntutan tunai di cawangan-cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Untuk pembayaran STR Fasa 3, ia dijadualkan akan dilaksanakan pada bulan Ogos 2024. Akan tetapi, jumlah bayaran bagi setiap penerima masih belum diumumkan dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

JOM MASUK KE TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Bagi tahun 2024 ini, permohonan STR dibuka sepanjang tahun dan ia boleh dikemukakan secara atas talian (online) di Portal Rasmi STR. Bagi permohonan secara borang kertas pula, ia boleh didapati secara percuma di Portal Rasmi STR atau Pejabat HASiL / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) HASiL.

Borang STR 2024 yang telah lengkap diisi berserta dokumen sokongan berkaitan boleh diserahkan ke Pejabat HASiL / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) HASiL atau penghantaran secara Pos terhad kepada borang permohonan yang diterima ke alamat:

Peti Surat STR
GPO Shah Alam
40800 Shah Alam
SELANGOR
Atau
Sekretariat STR
Pejabat Belanjawan Negara
Kementerian Kewangan Malaysia
Presint 2
62592 PUTRAJAYA

Dimaklumkan bahawa penghantaran borang secara faks dan e-mel adalah tidak diterima.

Pemohon yang perlu membuat Permohonan Baharu STR 2024 adalah seperti berikut:

  • Pemohon yang tiada rekod dalam sistem STR 2024; serta
  • Berpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah; atau
  • Berpendapatan RM2,500 dan ke bawah untuk individu bujang / tiada pasangan / tiada anak yang menepati syarat kelayakan.

 

Bagi maklumat lebih lengkap berkenaan STR, sila rujuk di Portal Rasminya – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Sumbangan tunai RM650 telah dimasukkan ke akaun: Semak sama ada layak atau tidak

Sumbangan tunai RM650 telah dimasukkan ke akaun: Semak sama ada layak atau tidak

Sebagai usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan…
Jawatan kosong besar-besaran di KEJORA untuk kelayakan PMR - Ijazah: Gaji sehingga RM9,643

Jawatan kosong besar-besaran di KEJORA untuk kelayakan PMR - Ijazah: Gaji sehingga RM9,643

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) kini sedang membuka pengambilan banyak jawatan kosong bagi…
E-Dompet RM300 setiap bulan secara automatik: Syarat-syarat & cara memohon

E-Dompet RM300 setiap bulan secara automatik: Syarat-syarat & cara memohon

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat…