STR

STR Fasa 4 Mula Dibayar Hari Ini (7 November 2024): Jumlah bayaran untuk isi rumah, bujang & warga emas

Dalam usaha memastikan kebajikan rakyat terus terjamin, kerajaan memainkan peranan penting dengan menyediakan pelbagai bentuk bantuan bagi meringankan beban kewangan masyarakat. Dari segi ekonomi, kehidupan harian, pendidikan, hingga perubatan, pelbagai inisiatif diperkenalkan bagi membantu golongan berpendapatan rendah, warga emas, pelajar, dan kumpulan rentan lain yang memerlukan.

Langkah ini bukan sahaja bertujuan untuk menyokong mereka yang sedang menghadapi cabaran kewangan, malah bertujuan untuk mewujudkan kesamarataan akses kepada peluang dan keperluan asas.

Di samping itu, inisiatif seperti bantuan pendidikan, pinjaman mudah, dan geran perniagaan turut membantu golongan belia dan usahawan kecil untuk maju ke hadapan tanpa dibebani kos yang tinggi.

Walaupun bantuan kerajaan ini memberi banyak manfaat, terdapat cabaran dan kekangan yang dihadapi dalam memastikan ia sampai kepada kumpulan sasaran. Kesedaran masyarakat terhadap inisiatif-inisiatif ini juga memainkan peranan penting dalam memastikan bantuan yang disediakan dapat dimanfaatkan sepenuhnya.

Oleh itu, adalah penting bagi setiap individu untuk memahami bantuan yang ada serta cara untuk memohon agar tiada yang ketinggalan dalam menerima manfaat yang disediakan.

Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

Sumbangan Tunai Rahmah atau STR merupakan bantuan tunai kepada isi rumah, bujang dan warga emas dari kalangan berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40). Ia juga bertujuan untuk meringankan beban rakyat dalam menghadapi kenaikan kos sara hidup.

Bagi tahun 2024, syarat-syarat kelayakan STR ditetapkan seperti berikut:

  • Isi Rumah
    • Kahwin; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • Warga Emas Tiada Pasangan
    • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
    • Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • Bujang
    • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Had umur adalah 21-59 tahun; dan
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
    • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

Pembayaran STR Fasa 4

Untuk makluman, pembayaran STR dibuat sebanyak empat fasa. Bagi Fasa 1 hingga Fasa 4, ia telah pun selesai diagihkan kepada yang layak pada bulan Januari, April dan Ogos lalu.

Manakala, bagi pembayaran STR Fasa 4 pula – ia akan mula dibayar secara berperingkat mulai 07 November 2024. Kadar STR Fasa 4 bagi setiap penerima adalah seperti dinyatakan di bawah:

  • Isi Rumah Pendapatan RM2,500 & ke bawah
    • Bilangan anak 0: RM200
    • Bilangan anak 1 – 2: RM350
    • Bilangan anak 3 – 4: RM500
    • Bilangan anak 5 & ke atas:RM700
  • Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000
    • Bilangan anak 0: RM150
    • Bilangan anak 1 – 2: RM200
    • Bilangan anak 3 – 4: RM250
    • Bilangan anak 5 & ke atas: RM350
  • Bujang Pendapatan RM2,500 & ke bawah
    • STR Fasa 4: RM100
  • Warga Emas Tiada Pasangan dengan pendapatan bulanan RM5,000 & ke bawah
    • STR Fasa 4: RM150

 

Kaedah pembayaran pula adalah secara kredit terus ke akaun penerima. Jika penerima tidak mempunyai akaun bank/akaun bank tidak aktif – mereka boleh membuat tuntutan tunai di cawangan-cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Semakan Status STR 2024

Bagi yang hendak membuat semakan status STR 2024, ia boleh dilaksanakan secara atas talian (online) melalui MySTR di Portal Rasmi STR:

  • Klik log masuk MySTR;
  • Masukkan Nombor MyKad Pemohon;
  • Pengesahan Kata Kunci Keselamatan;
  • Masukkan Kata Laluan;
  • Klik Semakan Status;
  • Maklumat yang akan dipaparkan:
    • Status Permohonan
    • Maklumat Pembayaran (Jika Ada)

 

Dalam masa sama, semakan kelulusan juga boleh dibuat dengan menghubungi Hotline BKK : 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau hubungi MOF: 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau hadir ke Pejabat HASiL yang berhampiran.

Bagi maklumat lebih lengkap, teliti dan sahih berkenaan STR, sila rujuk di Portal Rasminya – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan Khas RM2,000 Dibayar Secara Automatik: Maklumat Penerima & Tarikh Pembayaran

Bantuan Khas RM2,000 Dibayar Secara Automatik: Maklumat Penerima & Tarikh Pembayaran

Penjawat awam merupakan tulang belakang kepada pembangunan negara, memainkan peranan penting dalam melaksanakan dasar, menyampaikan perkhidmatan, dan memastikan kestabilan sistem…
Bantuan RM150 'One-Off' Mula Dibayar Bulan Depan: Semua Layak Terima & Tidak perlu memohon

Bantuan RM150 'One-Off' Mula Dibayar Bulan Depan: Semua Layak Terima & Tidak perlu memohon

Awal persekolahan adalah fasa yang amat penting dalam kehidupan seorang kanak-kanak. Ia bukan sahaja menjadi permulaan kepada perjalanan pendidikan formal,…
Cara Memohon Pengeluaran Simpanan Akaun 3 KWSP: Semua rakyat Malaysia boleh memohon

Cara Memohon Pengeluaran Simpanan Akaun 3 KWSP: Semua rakyat Malaysia boleh memohon

Simpanan persaraan adalah asas penting untuk memastikan kesejahteraan kewangan di usia tua. Ia bukan sekadar simpanan biasa, tetapi satu jaminan…