Keadaan kos sara hidup yang semakin meningkat telah menjadi antara isu utama di kalangan masyarakat. Prihatin dengan hal tersebut, pihak Kerajaan telah memperkenalkan pelbagai jenis bantuan kepada mereka yang memerlukan, khususnya yang berpendapatan sederhana (M40) dan rendah (B40) di bawah Belanjawan 2024.
Antaranya adalah dengan meneruskan pelaksanaan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) pada tahun 2024 ini. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan tunai berkenaan: –
Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah sebuan program bantuan Kerajaan kepada golongan berpendapatan rendah serta sederhana yang benar-benar berkelayakan dan memerlukan bagi mendepani cabaran kos sara hidup.
Dengan hikmah penyasaran semula subsidi, ia telah membolehkan Kerajaan menambah baik dan meningkatkan pemberian tunai kepada rakyat melalui STR 2024 dalam memastikan isi rumah berpendapatan rendah terus diberi bantuan sewajarnya.
Bagi tahun 2024 ini, syarat-syarat kelayakan STR adalah seperti berikut:
- Isi Rumah
- Kahwin; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat;
- Had umur adalah 21-59 tahun;
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas;
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa;
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
- Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat;
- Had umur adalah 60 tahun dan ke atas;
- Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.
Bagi pembayaran STR Fasa 1 hingga 3, ia telah pun selesai disalurkan kepada yang layak pada bulan Januari, April dan Ogos lalu dengan kadar yang ditetapkan.
STR Fasa 4
Berkenaan dengan STR Fasa 4 pula, ia dijadualkan akan dibayar pada bulan November 2024 nanti. Berikut adalah maklumat pembayaran STR Fasa 4 bagi setiap kategori penerima:
- Isi Rumah Pendapatan RM2,500 & ke bawah
- Bilangan anak 0: RM200
- Bilangan anak 1 – 2: RM350
- Bilangan anak 3 – 4: RM500
- Bilangan anak 5 & ke atas:RM700
- Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000
- Bilangan anak 0: RM150
- Bilangan anak 1 – 2: RM200
- Bilangan anak 3 – 4: RM250
- Bilangan anak 5 & ke atas: RM350
- Bujang Pendapatan RM2,500 & ke bawah
- STR Fasa 4: RM100
- Warga Emas Tiada Pasangan Pendapatan RM5,000 & ke bawah
- STR Fasa 4: RM150
Pembayaran STR akan dibuat dengan dua kaedah utama iaitu secara kredit terus ke akaun penerima seperti mana maklumat ketika permohonan. Manakala, bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank atau akaun berstatus tidak aktif – pengambilan tunai boleh dibuat di cawangan-cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat.
Semakan STR
Bagi yang telah membuat permohonan STR, semakan kelulusan boleh dibuat di portal rasmi STR dengan tatacara berikut:
- Klik log masuk MySTR;
- Masukkan Nombor MyKad Pemohon;
- Pengesahan Kata Kunci Keselamatan;
- Masukkan Kata Laluan;
- Klik Semakan Status;
- Maklumat yang akan dipaparkan:
- Status Permohonan
- Maklumat Pembayaran (Jika Ada)
Bagi yang belum membuat permohonan pula, ia masih boleh dibuat sama ada secara atas talian (online) di Portal Rasmi STR atau secara manual dengan mengisi Borang Permohonan STR (BK-01) boleh didapati secara percuma di Portal Rasmi STR atau Pejabat HASiL / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) HASiL.
Borang yang lengkap serta dokumen-dokumen sokongan kemudiannya perlu diserahkan ke Pejabat HASiL / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) HASiL atau penghantaran secara Pos terhad kepada borang permohonan yang diterima ke alamat seperti berikut:
Peti Surat STR
GPO Shah Alam
40800 Shah Alam
SELANGOR
Atau
Sekretariat STR
Pejabat Belanjawan Negara
Kementerian Kewangan Malaysia
Presint 2
62592 PUTRAJAYA
Bagi maklumat lebih lengkap dan terperinci berkenaan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), sila rujuk di Portal Rasminya – DI SINI.