Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.
Antaranya adalah bantuan-bantuan kewangan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2023 seperti mana yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada bulan Februari lalu.
Berikut adalah penerangan lanjut berkenaan kewangan yang diperkenalkan: –
STR Fasa 4
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah bantuan kerajaan kepada rakyat Malaysia dalam kategori B40 dan M40 merangkumi isi rumah, warga emas dan bujang.
Pembayaran STR bagi tahun 2023 akan melibatkan empat fasa. Bagi pembayaran Fasa 1 hingga Fasa 3, ia telah pun selesai dikreditkan kepada mereka yang layak dengan kadar tertentu berdasarkan tangga pendapatan dan tanggungan.
JOM MASUK KE TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021
Manakala, pembayaran STR Fasa 4 telah pun dikreditkan kepada yang layak secara berperingkat bermula pada 07 November 2023.
Kadar STR Fasa 4 adalah seperti berikut:
Isi Rumah Pendapatan RM2,500 & ke bawah
- Bilangan anak 0: RM200
- Bilangan anak 1 – 2: RM600
- Bilangan anak 3 – 4: RM900
- Bilangan anak 5 & ke atas: RM1,200
Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000
- Bilangan anak 0: Tiada pembayaran
- Bilangan anak 1 – 2: Tiada pembayaran
- Bilangan anak 3 – 4: RM300
- Bilangan anak 5 & ke atas: RM500
Warga Emas Sebatang Kara (60 tahun ke atas)
- STR Fasa 4: RM200
Pembayaran STR
Pembayaran STR dibuat secara kredit terus ke akaun penerima. Bagi yang tidak mempunyai akaun bank atau ia berstatus tidak aktif, pengambilan tunai boleh dibuat di cawangan-cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).
JOM MASUK KE TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021
Bagi maklumat lebih lengkap berkenaan STR, sila rujuk di Portal Rasminya – DI SINI.