STR Fasa 4: Tiada pembayaran akan dikreditkan kepada ketegori penerima ini

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah bantuan-bantuan kewangan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2023 seperti mana yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada 24 Februari lalu.

Berikut adalah penerangan lanjut berkenaan kewangan yang diperkenalkan: –

Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

Sumbangan Tunai Rahmah atau (STR) adalah sebuah bantuan kewangan yang diberikan kepada rakyat Malaysia daripada kalangan golongan berpendapatan kategori B40 dan M40.

Bagi pembayaran STR Fasa 3, ia telah pun dilaksanakan sebelum sambutan Hari Raya Aidiladha pada bulan Jun lalu.

Makanya, ketika ini hanya berbaki satu lagi fasa yang akan dibayar kepada rakyat Malaysia iaitu Fasa 4 untuk tahun 2023.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Kadar Bayaran STR Fasa 4

Isi Rumah Pendapatan RM2,500 & ke bawah

  • Bilangan anak 0: RM200
  • Bilangan anak 1 – 2: RM600
  • Bilangan anak 3 – 4: RM900
  • Bilangan anak 5 & ke atas: RM1,200

Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000

  • Bilangan anak 0: Tiada pembayaran
  • Bilangan anak 1 – 2: Tiada pembayaran
  • Bilangan anak 3 – 4: RM300
  • Bilangan anak 5 & ke atas: RM500

Warga Emas Sebatang Kara (60 tahun ke atas)

  • STR Fasa 2: RM200

Tarikh Pembayaran

Berdasarkan maklumat yang dirujuk di Portal Rasmi Kementerian Kewangan, pembayaran STR Fasa 4 akan dilaksanakan pada bulan November 2023.

Akan tetapi, tarikh rasmi atau sebarang perubahan tarikh akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Bagi maklumat lebih lengkap berkenaan STR, sila rujuk di Portal Rasminya – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pada ketika ini, Lembaga Tabung Haji sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Pada ketika ini, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…
Jawatan Kosong Tenaga Nasional Berhad (TNB): Taraf Jawatan Tetap, Kelayakan Minima SPM

Jawatan Kosong Tenaga Nasional Berhad (TNB): Taraf Jawatan Tetap, Kelayakan Minima SPM

Pada ketika ini, Tenaga Nasional Berhad (TNB) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…