STR RM700

STR RM700 Telah Dikreditkan Ke Akaun atau Boleh Diambil Secara Tunai: Senarai Semak Penerima

Kos sara hidup menjadi topik utama perbincangan dalam kalangan rakyat Malaysia sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Dengan harga barangan keperluan asas yang terus meningkat, ramai yang terpaksa menghadapi tekanan kewangan dalam kehidupan seharian.

Daripada bahan makanan hingga keperluan pendidikan anak-anak, setiap aspek kehidupan semakin terkesan dengan kenaikan harga. Situasi ini mencetuskan persoalan: bagaimana kita boleh menguruskan kewangan dengan lebih baik agar mampu menangani cabaran kos sara hidup ini?

Salah satu faktor utama yang menyumbang kepada peningkatan kos sara hidup ialah inflasi, di mana harga barangan dan perkhidmatan meningkat dari tahun ke tahun.

Tambahan pula, kadar gaji yang tidak selari dengan kenaikan kos tersebut menjadikan keadaan lebih mencabar, terutamanya bagi golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Ramai keluarga kini perlu menyesuaikan gaya hidup mereka untuk memastikan kewangan mencukupi sehingga hujung bulan.

Namun begitu, terdapat langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan beban ini. Antaranya termasuk merancang bajet dengan teliti, mencari sumber pendapatan tambahan, serta memanfaatkan bantuan kerajaan seperti subsidi atau insentif yang disediakan untuk golongan tertentu. Dalam menghadapi situasi ini, kesedaran mengenai pengurusan kewangan yang baik adalah amat penting.

Selain itu, pihak Kerajaan juga telah memperkenalkan bantuan tunai kepada mereka yang memerlukan khususnya di kalangan berpendapatan rendah dan sederhana. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan itu: –

Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

Sumbangan Tunai Rahmah atau STR merupakan bantuan Kerajaan dalam bentuk tunai kepada rakyat Malaysia (B40 dan M40) dalam usaha mengurangkan beban kos sara hidup mereka.

Bantuan ini juga adalah kesinambungan bantuan-bantuan tunai sebelum ini seperti Bantuan Prihatin Nasional (BPN), Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dan sebagainya.

Bagi tahun 2024, syarat-syarat kelayakan STR ditetapkan kepada setiap kategori berikut:

  • Kategori Isi Rumah
    • Kahwin; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • Kategori Warga Emas Tiada Pasangan
    • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
    • Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • Kategori Bujang
    • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Had umur adalah 21-59 tahun; dan
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
    • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

Bayaran STR

Pada tahun ini, pembayaran STR dibuat sebanyak empat fasa dengan kadar yang berbeza-beza mengikut kategori, tanggungan dan pendapatan bulanan.

Bagi pembayaran STR Fasa 4 (Fasa Akhir 2024), jumlah bayarannya adalah seperti berikut:

  • Isi Rumah Pendapatan RM2,500 & ke bawah
    • Bilangan anak 0: RM200
    • Bilangan anak 1 – 2: RM350
    • Bilangan anak 3 – 4: RM500
    • Bilangan anak 5 & ke atas: RM700
  • Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000
    • Bilangan anak 0: RM150
    • Bilangan anak 1 – 2: RM200
    • Bilangan anak 3 – 4: RM250
    • Bilangan anak 5 & ke atas: RM350
  • Bujang Pendapatan RM2,500 & ke bawah
    • STR Fasa 4: RM100
  • Warga Emas Tiada Pasangan dengan pendapatan bulanan RM5,000 & ke bawah
    • STR Fasa 4: RM150

Semakan Penerima STR

Berkenaan dengan kaedah pembayaran STR, ia dibuat dengan dua kaedah utama iaitu secara kredit terus ke akaun penerima (seperti mana maklumat yang diberikan semasa permohonan atau kemaskini).

Manakala, bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank, pengambilan tunai boleh dibuat melalui cawangan-cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Untuk semakan kelulusan STR, ia boleh dibuat dengan cara berikut:

  • Layari Portal Rasmi STR;
  • Klik log masuk MySTR;
  • Masukkan Nombor MyKad Pemohon;
  • Pengesahan Kata Kunci Keselamatan;
  • Masukkan Kata Laluan;
  • Klik Semakan Status;
  • Maklumat yang akan dipaparkan:
    • Status Permohonan
    • Maklumat Pembayaran (Jika Ada)

 

Untuk maklumat lebih lengkap dan teliti berkenaan STR, sila rujuk di Portal Rasminya – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Senarai Penuh Penerima RM100 Dalam MyKad Setiap Bulan Tahun Ini (2025): Cara Semak Bantuan SARA

Senarai Penuh Penerima RM100 Dalam MyKad Setiap Bulan Tahun Ini (2025): Cara Semak Bantuan SARA

Golongan B40 atau 40% isi rumah berpendapatan terendah di Malaysia. Dalam konteks ekonomi negara, mereka adalah kumpulan yang paling terkesan…
Pelbagai Jawatan Kosong Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK): Gaji RM2,265 - RM6,680

Pelbagai Jawatan Kosong Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK): Gaji RM2,265 - RM6,680

Pada ketika ini, Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang…
STR Fasa 1 Mula Dikreditkan Ke Akaun Hari Ini (22 Januari 2025): Jumlah Bayaran Isi Rumah, Bujang & Warga Emas

STR Fasa 1 Mula Dikreditkan Ke Akaun Hari Ini (22 Januari 2025): Jumlah Bayaran Isi Rumah, Bujang & Warga Emas

Golongan B40 dan M40 merupakan dua kumpulan utama dalam kategori pendapatan di Malaysia yang sering menjadi tumpuan dalam pelbagai dasar…