sumbangan asas

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Fasa 3 dibayar bulan ini: Jumlah & cara pembayarannya

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah melalui bantuan-bantuan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2024 seperti mana yang dibentangkan oleh Perdana Menteri di Dewan Rakyat.

Ia termasuklah dengan meneruskan pemberian Sumbangan Asas Rahmah (SARA). Berikut adalah maklumat lanjut tentangnya: –

Sumbangan Asas Rahmah (SARA)

Sumbangan Asas Rahmah atau SARA adalah sebuah bantuan tambahan yang diberikan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) sedia ada yang menepati syarat-syarat khusus kelayakan.

Pada tahun ini (2024), kadar SARA yang ditetapkan adalah sebanyak RM600 dan RM1,200 mengikut kategori penerima. RM600 diberikan kepada kategori penerima bujang, manakala RM1,200 pula diberikan kepada penerima dalam karegori isi rumah dan warga emas tiada pasangan.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2023.

Cara Pembayaran SARA

Untuk maklumat, terdapat dua kaedah pembayaran SARA iaitu:

Penerima daripada negeri Semenanjung Malaysia (Selain Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan)

Penerima akan menerima bantuan barangan keperluan asas tanpa tunai (cashless) berjumlah RM100/RM50 setiap bulan bagi tempoh 12 bulan (Januari 2024 – Disember 2024) secara automatik melalui akaun yang dibuka menggunakan MyKad penerima. Penerima SARA boleh membeli barangan runcit asas daripada kategori produk yang diluluskan di pasar raya / kedai runcit terpilih seluruh negara menggunakan MyKad.

Penerima daripada negeri Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan

Bayaran RM600/RM300 dua kali setahun (19 Februari 2024 dan 12 Ogos 2024) mengikut kategori melalui pengkreditan ke akaun bank / secara tunai, sama seperti kaedah pembayaran STR 2024.

Untuk bulan Mac 2024, maka telah tibalah pembayaran SARA bagi Fasa 3 untuk penerima di Semenanjung Malaysia.

JOM MASUK TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Untuk maklumat lebih teliti berkenaan SARA, sila rujuk di Portal Rasmi STR – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Pengambilan Jawatan Kosong Sektor Kerajaan MMC: Gaji RM3,810 hingga RM14,370

Pengambilan Jawatan Kosong Sektor Kerajaan MMC: Gaji RM3,810 hingga RM14,370

Pada ketika ini, Sektor Kerajaan melalui Majlis Perubatan Malaysia (MMC) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong…
Bantuan Tunai RM300 Diberikan Selama Setahun: Senarai Penuh Penerima & Tarikh Mula Dibayar

Bantuan Tunai RM300 Diberikan Selama Setahun: Senarai Penuh Penerima & Tarikh Mula Dibayar

Pada setiap tahun pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri akan membentangkan Belanjawan Tahunan bagi perkara membabitkan pentadbiran,…
Jawatan Kosong Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ~ Gaji RM1,929.89, Elaun RM810

Jawatan Kosong Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ~ Gaji RM1,929.89, Elaun RM810

Pada ketika ini, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…