sumbangan e-tunai

Sumbangan e-Tunai BINGKAS sebanyak RM300 setiap bulan: Syarat-syarat kelayakan & cara memohon

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Salah satunya adalah melalui sebuah bantuan kewangan berbentuk Bantuan e-Tunai yang diperkenalkan untuk membantu mereka yang memerlukan. Khususnya di kalangan mereka yang berpendapatan rendah (B40) dan berpendapatan sederhana (M40). Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan yang telah diperkenalkan: –

Bantuan e-Tunai RM300 setiap bulan

Di bawah Belanjawan 2024 Negeri Selangor, pihak Kerajaan negeri telah bersetuju meneruskan pelaksanaan Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor atau BINGKAS. Bantuan ni pada asasnya merupakan sumbangan e-Tunai sebanyak RM300 setiap bulan.

Objektif utama BINGKAS ini adalah untuk meringankan beban kewangan rakyat dan membantu ketua-ketua keluarga untuk membeli barangan keperluan asas termasuk peralatan pendidikan bagi pelajar agar kualiti hidup warga Negeri Selangor dapat terus makmur.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Lahir di negeri Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun;
  • Pemilih berdaftar di negeri Selangor;
  • Keluarga yang mempunyai tanggungan berusia 18 tahun ke bawah;
  • Pendapatan isi rumah bawah RM3,000 sebulan.

Cara Memohon

Bagi urusan permohonan sumbangan e-Tunai ini, ia boleh dilaksanakan secara atas talian (online) di Portal Rasmi BINGKAS. Melalui bantuan e-Tunai ini, ia boleh digunakan bagi membeli barangan keperluan di kedai-kedai di bawah program BINGKAS.

Antara barangan yang boleh dibeli melalui BINGKAS adalah beras, roti, biskut, telur, gula, garam, rempah ratus, tepung, minyak masak, ubat-ubatan, sayur-sayuran, buah-buahan, ayam, daging dan banyak lagi (senarai penuh lihat DI SINI).

Kaedah menggunakan bantuan e-Tunai ini boleh dibuat dengan mengikuti tatacara berikut:

  • Kunjungi kedai-kedai berdaftar di bawah senarai BINGKAS;
  • Pilih barangan yang ingin dibeli;
  • Juruwang akan mengimbas ID penerima di aplikasi SELANGKAH untuk pengesahan;
  • Juruwang buat saringan mengikut barang-barang yang tersenarai di bawah BINGKAS;
  • Penerima klik pada Kad BINGKAS di aplikasi;
  • Penerima klik ‘PAY’ dan pilih akaun BINGKAS;
  • Penerima masukkan pin 6 digit bagi pengesahan pengaktifan Kod QR;
  • Juruwang imbas Kod QR bagi pembayaran.

 

Akan tetapi, dimaklumkan bahawa pendaftaran BINGKAS telah pun ditutup. Maklumat berkenaannya akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Maklumat lebih lengkap, cara menggunakan dan cara memohon – boleh dirujuk Portal Rasminya DI SINI.

Dalam perkembangan lain, pihak Kerajaan Persekutuan sebelum ini telah memperkenalkan Bantuan e-Tunai yang dikenali sebagai eMADANI. Bantuan ini melibatkan sumbangan Kerajaan sebanyak RM100 secara ‘one-off’ kepada lebih 10 juta rakyat Malaysia untuk membuat pembelian secara fizikal melalui penyedia perkhidmatan e-dompet terpilih.

Syarat-syarat kelayakan eMADANI ini adalah:

  • Warganegara Malaysia;
  • Mencapai umur 21 tahun ke atas pada tahun 2023;
  • Merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berdasarkan rekod pada 7 November 2023 atau mempunyai pendapatan berjumlah RM100,000 dan ke bawah setahun berdasarkan rekod Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) pada 15 Julai 2023.

 

Ia turut mempunyai objektif tiga serampang untuk memangkin pendapatan perusahaan mikro kecil sederhana (PMKS), menggalakkan pembayaran tanpa tunai (cashless) dan memanfaatkan rakyat.

Bagaimanapun, pelaksanaan bantuan eMADANI ini telah pun selesai selaras dengan tempoh pendaftaran yang dibuka mulai jam 8.00 pagi, 4 Disember 2023  sehingga 11.59 malam, 20 Februari 2024. Kredit eMADANI itu boleh digunakan sehingga jam 11.59 malam, 29 Februari 2024.

Dimaklumkan juga bahawa, penerima eBeliaRahmah tidak layak untuk menyertai program ini kerana mereka telah menerima manfaat daripada kredit eBeliaRahmah yang diperkenalkan untuk memupuk budaya pembayaran tanpa tunai dalam kalangan belia.

ARTIKEL BERKAITAN

Sumbangan tunai RM650 telah dimasukkan ke akaun: Semak sama ada layak atau tidak

Sumbangan tunai RM650 telah dimasukkan ke akaun: Semak sama ada layak atau tidak

Sebagai usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan…
Jawatan kosong besar-besaran di KEJORA untuk kelayakan PMR - Ijazah: Gaji sehingga RM9,643

Jawatan kosong besar-besaran di KEJORA untuk kelayakan PMR - Ijazah: Gaji sehingga RM9,643

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) kini sedang membuka pengambilan banyak jawatan kosong bagi…
E-Dompet RM300 setiap bulan secara automatik: Syarat-syarat & cara memohon

E-Dompet RM300 setiap bulan secara automatik: Syarat-syarat & cara memohon

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat…