sumbangan hari raya

Sumbangan Hari Raya RM500 telah dikreditkan secara automatik ke akaun: Tidak perlu memohon

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Bantuan-bantuan ini diperkenalkan sebagai usaha Kerajaan meringankan beban mereka yang memerlukan. Hal itu, termasuklah sumbangan kewangan bersemepena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang akan disambut tidak lama lagi. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan yang telah diperkenalkan: –

Sumbangan Hari Raya

Ketika menyampaikan ucapan di Majlis Perhimpunan Bulanan Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di PUSPANITAPURI, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan pemberian Sumbangan Aidilfitri atau dikenali sebagai Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri.

Kadar yang ditetapkan adalah sebanyak RM500 dan RM250 mengikut kategori penerima berikut:

  • RM500: Diberikan kepada semua penjawat awam Gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak.
  • RM250: Diberikan kepada semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen dan veteran tidak berpencen.

“Kerajaan bersetuju menyalurkan BKK Aidilfitri sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam Gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak. RM250 pula akan diberikan kepada semua pesara termasuk veteran berpencen dan tidak,” katanya.

Dalam masa sama, para pegawai yang bercuti dengan bergaji penuh, bercuti separuh gaji dan bercuti tanpa gaji serta pegawai yang dipinjamkan, termasuk ke agensi yang diasingkan saraannya juga layak menerima sumbangan kewangan ini.

Namun, bagi individu For Service (CFS) yang ditamatkan kontrak perkhidmatan dalam tempoh 1 Januari 2024 hingga 5 April 2024 dan individu CFS yang meletak jawatan dalam tempoh 1 Januari 2024 hingga 5 April 2024 tidak layak menerima bantuan khas ini.

Pembayaran Sumbangan Hari Raya

Tarikh yang ditetapkan untuk pembayaran sumbangan ini adalah pada 05 April 2024 (Jumaat). Pembayarannya pula dibuat secara automatik ke akaun setiap penerima yang layak dan tanpa sebarang permohonan diperlukan.

Selain itu, beberapa buah negeri juga telah setuju untuk memberikan bantuan khas bersempena Hari Raya Aidilfitri kepada para penjawat awam negeri masing-masing.

Antaranya yang terawal adalah Pulau Pinang dengan kadar sebanyak setengah bulan gaji atau bayaran minimum RM1,200 kepada seluruh anggota perkhidmatan awam negeri berkenaan. Bantuan sama tapi dengan kadar RM300 turut diberikan kepada penyelia dan guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA), guru sekolah rendah agama rakyat (SRAR), guru sekolah menengah agama rakyat (SMAR).

JOM MASUK TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Negeri Perak pula bersetuju memberikan Bantuan Khas Aidilfitri sebanyak RM1,000 kepada semua penjawat awam negeri dan buat julung kalinya bantuan sama disalurkan kepada para ketua kampung di negeri berkenaan.

Kerajaan Negeri Kelantan turut mengumumkan bantuan sama sebanyak RM500 kepada penjawat awam daripada gred 56 dan ke bawah. Bantuan itu akan dikreditkan kepada setiap penerima sebelum 09 April 2024.

“Selain itu, bayaran penghargaan ini turut diterima pegawai lantikan politik termasuk ahli majlis, penghulu, penyelaras pembangunan armalah, guru pondok, guru al-Quran dan guru jahitan sebanyak RM250. Keseluruhan peruntukan membabitkan sebanyak RM5.3 juta,” kata Menteri Besar, Datuk Mohd Nassuruddin Daud, pada sidang media selepas mesyuarat EXCO Negeri.

Berdasarkan jangkaan, sambutan Hari Raya Aidilfitri akan jatuh pada 10 April 2024. Akan tetapi, tarikh rasmi hanya akan diumumkan selepas melihat anak bulan Syawal yang ditetapkan pada petang 9 April 2024 di 29 lokasi di seluruh negara.

Bersempena sambutan hari raya, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) juga telah memperuntukkan cuti tambahan selama tiga hari kepada sekolah di Malaysia mengikut kategori kumpulan masing-masing.

Kumpulan A membabitkan sekolah di negeri Johor, Terengganu, Kelantan dan Kedah. Manakala Kumpulan B pula ialah sekolah di negeri Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.

ARTIKEL BERKAITAN

Sumbangan tunai RM650 telah dimasukkan ke akaun: Semak sama ada layak atau tidak

Sumbangan tunai RM650 telah dimasukkan ke akaun: Semak sama ada layak atau tidak

Sebagai usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan…
Jawatan kosong besar-besaran di KEJORA untuk kelayakan PMR - Ijazah: Gaji sehingga RM9,643

Jawatan kosong besar-besaran di KEJORA untuk kelayakan PMR - Ijazah: Gaji sehingga RM9,643

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) kini sedang membuka pengambilan banyak jawatan kosong bagi…
E-Dompet RM300 setiap bulan secara automatik: Syarat-syarat & cara memohon

E-Dompet RM300 setiap bulan secara automatik: Syarat-syarat & cara memohon

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat…