sumbangan kerajaan

Pendapatan bawah RM5,000 sebulan layak terima Sumbangan Kerajaan Negeri RM250 ‘one-off’

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah Sumbangan Kewangan IKPP yang dibayar secara ‘one-off’ kepada mereka berkelayakan.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan kewangan ini: –

Sumbangan Kerajaan Negeri RM250

IKPP atau Insentif Khas Pasangan Pengantin adalah sebuah sumbangan kewangan yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Pahang.

Sumbangan ini diberikan kepada pasanga pengantin baru di negeri berkenaan, dengan kadar sebanyak RM250 dan dibayar secara ‘one-off’.

Syarat-syarat kelayakannya adalah seperti berikut:

  • Hanya anak-anak Pahang sahaja yang layak menerima insentif ini;
  • Sama ada pengantin lelaki atau perempuan mestilah anak kelahiran Negeri Pahang;
  • Pasangan pengantin yang mana pengantin lelaki sahaja berpendapatan RM5,000 dan ke bawah layak menerima insentif;
  • Bagi perkahwinan di luar negeri Pahang, pengantin lelaki mestilah anak kelahiran Pahang.(Kebenaran Luar Negeri (KBLN);
  • Perkahwinan ini mestilah didaftarkan di Negeri Pahang dengan Kebenaran Pejabat Agama Islam Daerah;
  • Perkahwinan anak Pahang yang didaftarkan di luar negeri Pahang,pengantin perlu membuat permohonan dan pengesahan di Pejabat Agama Islam (dimana tempat permohonan);
  • Bagi pemastautin di negeri Pahang sekurang-kurangnya 10 tahun atau lebih, perlu mendapatkan pengesahan dari Penghulu/ADUN Kawasan/pengurus FELDA/Imam Qaryah atau Penyelaras;
  • Duda atau Janda atau salah seorang yang mana pasangannya adalah anak negeri Pahang dan berkelayakan, perkahwinan kali pertama dengan pasangan yang lain, layak untuk menerima insentif.

 

Dimaklumkan, IKPP adalah tidak layak bagi perkara-perkara berikut:

  • Poligami;
  • Nikah semula (pasangan yang sama selepas tamat tempoh iddah);
  • Nikah tanpa kebenaran;
  • Kedua pasangan bukan asal Pahang;
  • Pendapatan lelaki melebihi RM5,000

Cara Memohon

Kepada yang menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan sumbangan kewangan ini boleh dibuat dengan mengisi Borang Permohonan IKPP dan melampirkannya bersama dokumen-dokumen sokongan berikut:

  • 2 Salinan Kad Pengenalan pemohon (depan dan belakang);
  • 1 Salinan catatan akad nikah pemohon;
  • 2 Salinan penyata akaun bank pemohon.

 

Permohonan kemudiannya hendaklah dihantar ke Pejabat Agama Islam Daerah di mana Permohonan Kebenaran atau Pendaftaran Perkahwinan dibuat.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Untuk maklumat lebih lengkap berkenaan bantuan ini, sila rujuk di Portal Rasmi Munakahat Pahang – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan e-Wallet RM300 setiap bulan untuk B40: Berikut cara memohon & menggunakannya

Bantuan e-Wallet RM300 setiap bulan untuk B40: Berikut cara memohon & menggunakannya

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat…
Bantuan Kerajaan RM100 - RM1,000 setiap bulan yang ramai tak tahu: Ini cara memohonnya

Bantuan Kerajaan RM100 - RM1,000 setiap bulan yang ramai tak tahu: Ini cara memohonnya

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat…
MAIM buka banyak jawatan kosong dengan gaji sehingga RM9,552: Syarat-syarat & cara memohon

MAIM buka banyak jawatan kosong dengan gaji sehingga RM9,552: Syarat-syarat & cara memohon

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) kini sedang membuka pengambilan banyak jawatan kosong bagi melancarkan lagi…