sumbangan kewangan

Sumbangan kewangan RM100 Fasa 4 dimasukkan dalam MyKad: Ini cara menggunakannya

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah melalui bantuan-bantuan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2024 seperti mana yang dibentangkan oleh Perdana Menteri di Dewan Rakyat. Ia termasuklah dengan meneruskan pelaksanaan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kepada rakyat Malaysia daripada kalangan B40 dan M40.

Pihak Kerajaan juga setuju memperkenalkan bantuan tambahan di bawah STR yang dikenali sebagai Sumbangan Asas Rahmah (SARA). Ini adalah maklumat lanjut berkenaan sumbangan kewangan itu: –

Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

Sebelum berbincang tentang SARA, perlu diketahui dahulu tentang apa itu Sumbangan Tunai Rahmah (STR). STR ialah sebuah bantuan kewangan kepada rakyat Malaysia dari kalangan B40 dan M40. Ia juga merupakan kesinambungan bantuan-bantuan kewangan sebelum ini seperti Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), Bantuan Prihatin Nasional (BPN), Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dan pelbagai lagi.

Objektifnya adalah untuk meringankan beban kewangan rakyat Malaysia dalam mendepani cabaran kos sara hidup. Mereka yang layak menerima STR adalah seperti berikut:

  • Isi Rumah
    • Kahwin; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • Warga Emas Tiada Pasangan
    • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat;
    • Had umur adalah 60 tahun dan ke atas;
    • Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • Bujang
    • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat;
    • Had umur adalah 21-59 tahun;
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas;
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa;
    • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

Sumbangan Kewangan SARA

Di bawah STR, terdapat sebuah bantuan tambahan yang dikenali sebagai Sumbangan Asas Rahmah atau SARA. Ia pada asasnya bantuan khusus kepada penerima sedia ada STR yang menepati syarat-syarat kelayakan.  Bantuan tambahan ini dijangka akan dimanfaatkan oleh lebih 700,000 penerima dengan peruntukan RM700 juta berbanding tahun 2023, iaitu hanya 210,000 penerima dengan perbelanjaan RM130 juta.

Ini adalah syarat-syarat kelayakan SARA:

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2023.

 

Kadar SARA adalah sebanyak RM1,200 kepada penerima kategori isi rumah dan warga emas. Kategori bujang pula sebanyak RM600. Mereka yang layak akan dimaklumkan melalui pelbagai kaedah iaitu secara surat makluman, Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dan semakan terus melalui portal rasmi STR.

Cara Menggunakan SARA

Untuk makluman, pelaksanaan SARA dibuat dengan dua kaedah iaitu:

  • Penerima daripada Semenanjung Malaysia
    • Penerima akan menerima bantuan barangan keperluan asas tanpa tunai (cashless) berjumlah RM100 / RM50 setiap bulan bagi tempoh 12 bulan (Januari 2024 – Disember 2024) secara automatik melalui akaun yang dibuka menggunakan MyKad penerima.
  • Penerima daripada negeri Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan
    • Bayaran RM600 / RM300 dua kali setahun (19 Februari 2024 dan 12 Ogos 2024) mengikut kategori melalui pengkreditan ke akaun bank / secara tunai, sama seperti kaedah pembayaran STR 2024.

 

Bagi SARA di Semenanjung Malaysia, ia boleh digunakan untuk membeli barangan runcit asas daripada kategori produk yang diluluskan di pasar raya / kedai runcit terpilih seluruh negara menggunakan MyKad. 13 kategori produk yang diluluskan adalah beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa, produk kebersihan, ubat-ubatan dan barangan persekolahan.

Pada ketika ini, terdapat lebih daripada 600 rakan runcit di seluruh negara termasuk Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), Lulu Supermarket, serta pasar raya dan pasar mini bebas.

Untuk maklumat lengkap berkenaan SARA ini, sila rujuk di Portal Rasmi MyKasih – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Sumbangan tunai RM650 telah dimasukkan ke akaun: Semak sama ada layak atau tidak

Sumbangan tunai RM650 telah dimasukkan ke akaun: Semak sama ada layak atau tidak

Sebagai usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan…
Jawatan kosong besar-besaran di KEJORA untuk kelayakan PMR - Ijazah: Gaji sehingga RM9,643

Jawatan kosong besar-besaran di KEJORA untuk kelayakan PMR - Ijazah: Gaji sehingga RM9,643

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) kini sedang membuka pengambilan banyak jawatan kosong bagi…
E-Dompet RM300 setiap bulan secara automatik: Syarat-syarat & cara memohon

E-Dompet RM300 setiap bulan secara automatik: Syarat-syarat & cara memohon

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat…