Sumbangan Tunai Rahmah

Sumbangan Tunai Rahmah 2024 Ketegori Penerima Isi Rumah RM2,500

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri. Antaranya adalah  bantuan-bantuan di bawah Belanjawan 2024 seperti mana yang dibentangkan oleh Perdana Menteri di Dewan Rakyat.

Pihak Kerajaan juga telah bersetuju untuk meneruskan pelaksanaan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kepada rakyat Malaysia daripada kalangan berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40). Ini adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan kewangan itu: –

Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

Sumbangan Tunai Rahmah adalah sebuah bantuan kewangan yang juga merupakan kesinambungan bantuan-bantuan sebelum ini seperti Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dan sebagainya. Ia diperkenalkan sebagai salah satu usaha membantu rakyat yang berdepan dengan peningkatan kos sara hidup.

Bagi tahun ini, syarat-syarat kelayakan STR telah ditetapkan seperti berikut:

  • Isi Rumah
    • Kahwin; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • Bujang
    • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat;
    • Had umur adalah 21-59 tahun;
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas;
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa;
    • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
  • Warga Emas Tiada Pasangan
    • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat;
    • Had umur adalah 60 tahun dan ke atas;
    • Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.

 

Manakala, untuk individu bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas termasuk OKU berumur 19 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta hanya boleh dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.

Kadar Sumbangan Tunai Rahmah

Kadar pembayaran bantuan ini adalah berbeza-beza mengikut kategori penerima, pendapatan bulanan dan jumlah tanggungan. Bagi tahun 2024, ini adalah maklumat berkenaan jumlah pembayaran bagi setiap kategori:

  • Isi Rumah Pendapatan RM2,500 & ke bawah
    • Bilangan anak 0: RM1,000
    • Bilangan anak 1 – 2: RM1,500
    • Bilangan anak 3 – 4: RM2,000
    • Bilangan anak 5 & ke atas: RM2,500
  • Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000
    • Bilangan anak 0: RM1,250
    • Bilangan anak 1 – 2: RM1,000
    • Bilangan anak 3 – 4: RM750
    • Bilangan anak 5 & ke atas: RM500
  • Bujang Pendapatan RM2,500 & ke bawah
    • STR : RM350
  • Warga Emas Tiada Pasangan Pendapatan RM5,000 & ke bawah
    • STR: RM600

 

Berkenaan dengan tarikh pembayaran pula, STR dibayar sebanyak 4 fasa dan ia seperti dijadualkan berikut:

  • Fasa 1: Januari 2024
  • Fasa 2: April 2024
  • Fasa 3: Ogos 2024
  • Fasa 4: November 2024

Cara Memohon

Bagi yang belum membuat permohonan STR, permohonannya masih boleh dibuat sepanjang tahun 2024. Cara memohonnya boleh dibuat secara atas talian (online) di Portal Rasmi STR.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Selain itu, permohonan juga boleh dibuat dengan mengisi Borang Permohonan STR (BK-01) yang boleh didapati secara percuma di Portal Rasmi STR atau Pejabat HASiL / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) HASiL.  Borang yang lengkap bersama salinan dokumen-dokumen sokongan kemudiannya perlu dihantar ke Pejabat HASiL / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) HASiL.

Ia juga boleh dihantar secara Pos ke alamat:

Peti Surat STR
GPO Shah Alam
40800 Shah Alam
SELANGOR
Atau
Sekretariat STR
Pejabat Belanjawan Negara
Kementerian Kewangan Malaysia
Presint 2
62592 PUTRAJAYA

Untuk maklumat lanjut, lengkap dan terperinci berkenaan STR 2024 boleh dirujuk di Portal Rasminya – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

RM150 -RM650 Dibayar Secara Berperingkat Bermula Fasa 2: Ini Senarai Penerima & Tarikh Bayaran

RM150 -RM650 Dibayar Secara Berperingkat Bermula Fasa 2: Ini Senarai Penerima & Tarikh Bayaran

Dalam landskap ekonomi Malaysia, istilah B40 dan M40 sering digunakan untuk merujuk kepada dua kumpulan pendapatan utama dalam masyarakat. B40,…
Bantuan RM1,000 Dibayar 'One-Off' Kepada Penerima: Diberikan Automatik, Tanpa Perlu Memohon

Bantuan RM1,000 Dibayar 'One-Off' Kepada Penerima: Diberikan Automatik, Tanpa Perlu Memohon

Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang dinanti-nantikan, termasuk di Malaysia. Ia bukan sahaja menandakan berakhirnya bulan Ramadan, tetapi juga menjadi…
Bantuan Tunai RM1,000 Dikreditkan Hari Ini (19 Mac 2025): Dibayar Secara Automatik Kepada Penerima

Bantuan Tunai RM1,000 Dikreditkan Hari Ini (19 Mac 2025): Dibayar Secara Automatik Kepada Penerima

Hari Raya Aidilfitri adalah saat yang dinanti-nantikan di seluruh dunia. Ia bukan sekadar perayaan selepas sebulan berpuasa, tetapi juga simbol…