Untuk membantu mereka yang memerlukan, pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri telah memperkenalkan pelbagai jenis bantuan dan insiatif. Antaranya adalah melalui bantuan-bantuan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2024 seperti mana yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri di Dewan Rakyat pada 24 Februari lalu.
Bantuan-bantuan ini dengan tujuan utama iaitu meringankan beban rakyat, khususnya dalam menghadapi kos sara hidup yang meningkat. Ia termasuklah melalui sebuah bantuan yang dikenali sebagai Sumbangan Tunai Rahmah. Berikut adalah maklumat lanjut tentang bantuan ini: –
Sumbangan Tunai Rahmah
Sumbangan Tunai Rahmah atau STR adalah bantuan Kerajaan kepada golongan berpendapatan rendah serta sederhana yang benar-benar berkelayakan dan memerlukan bagi mendepani cabaran kos sara hidup. Dengan hikmah penyasaran semula subsidi, ia telah membolehkan Kerajaan menambah baik dan meningkatkan pemberian tunai kepada rakyat melalui STR 2024 dalam memastikan isi rumah berpendapatan rendah terus diberi bantuan sewajarnya.
Bagi tahun 2024 ini, syarat-syarat kelayakan STR adalah seperti berikut:
- Isi Rumah
- Kahwin; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat;
- Had umur adalah 21-59 tahun;
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas;
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa;
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
- Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat;
- Had umur adalah 60 tahun dan ke atas;
- Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.
Bagi individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas (termasuk OKU berumur 19 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta), mereka hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan
permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.
Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah
Berdasarkan jadual pembayaran STR yang telah diterbitkan, ia dilaksanakan sebanyak empat fasa seperti berikut:
- Fasa 1: Januari 2024
- Fasa 2: April 2024
- Fasa 3: Ogos 2024
- Fasa 4: November 2024
Oleh itu, pembayaran STR Fasa 3 akan dibuat pada bulan Ogos 2024 seperti mana yang dijadualkan. Akan tetapi, kadar bantuan belum diumumkan secara rasmi dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
Cara pembayarannya pula adalah secara dua kaedah iaitu kredit terus ke akaun penerima atau pengambilan tunai bagi mereka yang tidak memiliki akaun bank atau ia berstatus tidak aktif.
Cara Semak STR
Bagi yang telah memohon atau merupakan penerima STR pada tahun lepas, semakan status bantuan ini boleh dibuat secara atas talian (online) di Sistem MySTR. Tatacaranya adalah seperti di bawah:
- Layari Portal Rasmi STR;
- Klik log masuk MySTR;
- Masukkan Nombor MyKad Pemohon;
- Pengesahan Kata Kunci Keselamatan;
- Masukkan Kata Laluan;
- Klik Semakan Status;
- Maklumat yang akan dipaparkan:
- Status Permohonan
- Maklumat Pembayaran (Jika Ada)
SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021
Dalam masa sama, bagi mereka yang belum membuat permohonan pula – ia masih boleh dibuat kerana permohonan STR dibuka sepanjang tahun 2024. Permohonan boleh dikemukakan secara atas talian di Portal Rasmi STR atau dengan mengisi Borang Permohonan STR (BK-01) boleh didapati secara percuma di Portal Rasmi STR atau Pejabat HASiL / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) HASiL.
Borang yang lengkap dan dokumen-dokumen sokongan kemudiannya perlu dihantar ke Pejabat HASiL / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) HASiL atau
Peti Surat STR
GPO Shah Alam
40800 Shah Alam
SELANGOR
Atau
Sekretariat STR
Pejabat Belanjawan Negara
Kementerian Kewangan Malaysia
Presint 2
62592 PUTRAJAYA
Untuk maklumat lanjut, lengkap dan terperinci berkenaan STR 2024 boleh dirujuk di Portal Rasminya – DI SINI.