Sumbangan Tunai Rahmah

Sumbangan Tunai Rahmah: Semakan penerima dan tarikh pembayaran Fasa 3 untuk B40 & M40

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan tunai telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri. Antaranya adalah melalui bantuan-bantuan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2024 seperti mana yang dibentangkan oleh Perdana Menteri di Dewan Rakyat pada 24 Februari lalu.

Ia termasuklah dengan meneruskan pelaksanaan bantuan kewangan di bawah program Sumbangan Tunai Rahmah. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan tunai ini: –

Sumbangan Tunai Rahmah

Sumbangan Tunai Rahmah atau STR adalah sebuah bantuan tunai kepada rakyat dari kalangan berpendapatan rendah (B40) sederhana (M40). Ia juga merupakan kesinambungan kepada bantuan-bantuan tunai sebelum ini seperti Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dan sebagainya.

Tujuan utamanya adalah bagi membantu mereka yang memerlukan dan meringankan beban kos sara hidup di kalangan rakyat. Jumlah pembayaran STR juga berbeza mengikut kategori penerima iaitu berdasarkan tangga pendapatan dan jumlah tanggungan.

Syarat-syarat Kelayakan Sumbangan Tunai Rahmah

  • Isi Rumah
    • Kahwin; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • Bujang
    • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat;
    • Had umur adalah 21-59 tahun;
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas;
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa;
    • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
  • Warga Emas Tiada Pasangan
    • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat;
    • Had umur adalah 60 tahun dan ke atas;
    • Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.

Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah

Untuk makluman, pembayaran STR bagi Fasa 1 dan Fasa 2 telah pun selesai diagihkan pada bulan Januari dan April lalu. Pembayaran Fasa 3 pula dijadual pada bulan Ogos nanti dengan kadar yang akan diumumkan dari semasa ke semasa.

Kaedah pembayaran STR dibuat dengan dua cara iaitu secara kredit terus ke akaun bank seperti mana yang dinyatakan ketika permohonan dibuat. Bagi yang tidak mempunyai akaun bank atau akaun itu berstatus tidak aktif, tuntutan tunai boleh dibuat di cawangan-cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat.

Bagi yang menepatis syarat-syarat kelayakan, tapi masih belum membuat permohonan. Mereka masih boleh memohon STR, kerana ia dibuka sepanjang tahun 2024 ini.

JOM MASUK KE TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Permohonannya boleh dilaksanakan secara atas talian (online) di Portal Rasmi STR. Selain itu, permohonan juga boleh dibuat dengan mengisi Borang Permohonan STR (BK-01) yang boleh didapati secara percuma di Portal Rasmi STR atau Pejabat HASiL / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) HASiL.

Borang STR 2024 yang telah lengkap diisi berserta dokumen sokongan berkaitan boleh diserahkan ke Pejabat HASiL / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) HASiL atau dihantar secara Pos terhad kepada borang permohonan yang diterima ke alamat seperti berikut:

Peti Surat STR
GPO Shah Alam
40800 Shah Alam
SELANGOR
Atau
Sekretariat STR
Pejabat Belanjawan Negara
Kementerian Kewangan Malaysia
Presint 2
62592 PUTRAJAYA

Akan tetapi, diingatkan bahawa borang berkenaan tidak boleh sama sekali dihantar melalui fax atau e-mel. Antara dokumen-dokumen sokongan (jika perlu) yang dikemukakan semasa permohonan STR adalah:

  • Pemohon:
    • Salinan Sijil Perkahwinan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN; atau
    • Salinan Sijil Kematian pasangan yang dikeluarkan oleh JPN; atau
    • Sijil Perceraian / Pembubaran Perkahwinan (asal dan salinan) yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN; atau
    • Salinan Sijil Dekri Nisi / Dekri Nisi Mutlak yang dikeluarkan oleh Mahkamah; atau
    • Salinan Kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi pemohon berumur 19 – 20 tahun pada tahun 2024
  • Pasangan:
    • Salinan pengenalan Pasangan (MyKad / MyPR / MyKAS); atau
    • Salinan Pasport / Visa / UNHCR / Pas Sempadan
  • Anak:
    • Anak Kandung (Salinan Sijil Lahir; dan Salinan MyKad / MyKid)
    • Anak Angkat (Salinan MyKad / MyKid; dan Salinan Sijil Daftar Anak Angkat yang dikeluarkan oleh JPN)

 

Bagi maklumat lebih lengkap dan teliti berkenaan STR, sila rujuk di Portal Rasminya – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

RM150 -RM650 Dibayar Secara Berperingkat Bermula Fasa 2: Ini Senarai Penerima & Tarikh Bayaran

RM150 -RM650 Dibayar Secara Berperingkat Bermula Fasa 2: Ini Senarai Penerima & Tarikh Bayaran

Dalam landskap ekonomi Malaysia, istilah B40 dan M40 sering digunakan untuk merujuk kepada dua kumpulan pendapatan utama dalam masyarakat. B40,…
Bantuan RM1,000 Dibayar 'One-Off' Kepada Penerima: Diberikan Automatik, Tanpa Perlu Memohon

Bantuan RM1,000 Dibayar 'One-Off' Kepada Penerima: Diberikan Automatik, Tanpa Perlu Memohon

Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang dinanti-nantikan, termasuk di Malaysia. Ia bukan sahaja menandakan berakhirnya bulan Ramadan, tetapi juga menjadi…
Bantuan Tunai RM1,000 Dikreditkan Hari Ini (19 Mac 2025): Dibayar Secara Automatik Kepada Penerima

Bantuan Tunai RM1,000 Dikreditkan Hari Ini (19 Mac 2025): Dibayar Secara Automatik Kepada Penerima

Hari Raya Aidilfitri adalah saat yang dinanti-nantikan di seluruh dunia. Ia bukan sekadar perayaan selepas sebulan berpuasa, tetapi juga simbol…