Sumbangan Tunai Rahmah

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025: Maklumat penuh penerima, jadual dan jumlah bayaran

Pada tahun 2025, Belanjawan Malaysia sekali lagi menggariskan fokus penting dalam memperkukuh ekonomi negara sambil membantu meringankan beban kewangan rakyat.

Dengan tema yang menekankan kestabilan dan inklusiviti, Belanjawan ini memperkenalkan pelbagai inisiatif dan bantuan kewangan untuk merangsang pertumbuhan, memperkasakan golongan berpendapatan rendah, dan meningkatkan daya saing negara.

Dari rebat cukai hingga bantuan untuk B40 dan M40, kerajaan berusaha memastikan tiada golongan yang tercicir dalam arus pembangunan negara.

Mari kita lihat dengan lebih mendalam beberapa langkah utama yang diumumkan dalam Belanjawan 2025 dan bagaimana ia akan memberi impak kepada rakyat Malaysia.

Bantuan Tunai Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

Bagi tahun 2025, pihak Kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan pelaksanaan Sumbangan Tunai Rahmah (STR). STR  pada asasnya merupakan bantuan Kerajaan kepada golongan berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40) yang benar-benar berkelayakan dan memerlukan bagi mendepani cabaran kos sara hidup.

Dengan hikmah penyasaran semula subsidi, ia telah membolehkan Kerajaan menambah baik dan meningkatkan pemberian tunai kepada rakyat melalui STR 2025 dalam memastikan isi rumah berpendapatan rendah terus diberi bantuan sewajarnya.

Syarat-syarat kelayakan bagi STR 2025 pula ditetapkan seperti berikut:

  • Isi Rumah
    • Kahwin; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • Warga Emas Tiada Pasangan
    • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
    • Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • Bujang
    • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Had umur adalah 21-59 tahun; dan
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
    • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

 

Manakala, bagi individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas termasuk OKU berumur 19 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta, mereka hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.

Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025

Pembayaran STR akan dibuat kepada tiga kategori penerima iaitu isi rumah, warga emas tiada pasangan dan bujang. Berikut adalah maklumat jumlah keseluruhan STR 2025:

  • Isi Rumah Pendapatan RM2,500 & ke bawah
    • Bilangan anak 0: RM1,000
    • Bilangan anak 1 – 2: RM1,500
    • Bilangan anak 3 – 4: RM2,000
    • Bilangan anak 5 & ke atas:RM2,500
  • Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000
    • Bilangan anak 0: RM500
    • Bilangan anak 1 – 2: RM750
    • Bilangan anak 3 – 4: RM1,000
    • Bilangan anak 5 & ke atas: RM1,250
  • Bujang Pendapatan RM2,500 & ke bawah
    • STR 2025: RM600
  • Warga Emas Tiada Pasangan dengan pendapatan bulanan RM5,000 & ke bawah
    • STR 2025: RM600

Cara Pembayaran STR 2025

Pembayaran STR 2025 akan dibuat secara kredit terus ke akaun bank penerima, seperti mana maklumat yang diberikan ketika permohonan/kemaskini.

Bagi yang tidak mempunyai akaun bank pula, pengambilan tunai boleh dibuat di cawangan-cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Semakan status kelulusan STR 2025 boleh dibuat di Portal Rasmi STR dengan cara berikut:

  • Klik log masuk MySTR
  • Masukkan Nombor MyKad Pemohon
  • Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
  • Masukkan Kata Laluan
  • Klik Semakan Status
  • Maklumat yang akan dipaparkan:
    • Status Permohonan
    • Maklumat Pembayaran (Jika Ada)

 

Untuk maklumat lebih lengkap dan teliti berkenaan STR 2025, sila rujuk di Portal Rasminya – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Pelbagai Jawatan Kosong KTMB Sesi Mei 2025: Kelayakan SPM hingga Ijazah

Pelbagai Jawatan Kosong KTMB Sesi Mei 2025: Kelayakan SPM hingga Ijazah

Pada ketika ini, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Senarai Terkini Barangan Yang Boleh Dibeli Dengan SARA/MyKasih

Senarai Terkini Barangan Yang Boleh Dibeli Dengan SARA/MyKasih

Golongan B40 merujuk kepada 40 peratus isi rumah berpendapatan terendah di Malaysia, iaitu mereka yang mempunyai pendapatan isi rumah bulanan…
Jawatan Kosong Jabatan Imigresen Malaysia Mei 2025: Kelayakan Minima SPM

Jawatan Kosong Jabatan Imigresen Malaysia Mei 2025: Kelayakan Minima SPM

Pada ketika ini, Jabatan Imigresen Malaysia Sarawak kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka.…