2025

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025: Ini jumlah bayaran untuk isi rumah, bujang dan warga emas

Golongan B40 dan M40 merupakan tulang belakang kepada pembangunan ekonomi dan sosial di Malaysia. B40, yang merangkumi 40% penduduk dengan pendapatan terendah, sering menghadapi cabaran kewangan yang besar.

Kos sara hidup yang meningkat, kekurangan peluang pekerjaan yang stabil, serta akses terhad kepada pendidikan dan kesihatan berkualiti menjadi beban utama mereka. Sementara itu, M40, iaitu golongan pertengahan, juga tidak terlepas daripada tekanan kewangan, terutamanya dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu.

Dalam konteks ini, keperluan untuk membantu kedua-dua golongan ini semakin mendesak. Bagi B40, bantuan kewangan dan program sokongan seperti subsidi, bantuan tunai, dan skim perumahan mampu meringankan beban harian mereka. Sementara itu, bagi M40, insentif cukai, sokongan pendidikan anak-anak, dan akses kepada pembiayaan mampu milik boleh membantu mereka mengekalkan taraf hidup yang stabil.

Menghulurkan bantuan kepada B40 dan M40 bukan sahaja memberi manfaat kepada mereka secara individu tetapi juga menyumbang kepada kemakmuran negara. Dengan mengurangkan jurang pendapatan, meningkatkan taraf hidup, dan memastikan kesejahteraan sosial yang lebih menyeluruh, kita dapat membentuk masyarakat yang lebih seimbang dan harmoni.

Oleh itu, sokongan daripada pelbagai pihak – kerajaan, NGO, dan sektor swasta – sangat diperlukan untuk memastikan golongan ini mendapat peluang yang adil dalam kehidupan. Dalam masa sama, pihak kerajaan juga telah bersetuju untuk meneruskan pelaksanaan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi tahun hadapan.

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025

Di bawah Belanjawan 2025, pihak Kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan pelaksanaan Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Ia diperkenalkan bagi membantu dan meringankan beban golongan berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40) dalam mendapani cabaran kos sara hidup.

Syarat-syarat kelayakan STR 2025 pula adalah seperti berikut:

  • Isi Rumah
    • Kahwin; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • Warga Emas Tiada Pasangan
    • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
    • Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • Bujang
    • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Had umur adalah 21-59 tahun; dan
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
    • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

 

Dimaklumkan bahawa individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas termasuk OKU berumur 19 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.

Kadar STR 2025

Kadar pembayaran STR 2025 adalah berbeza mengikut ketegori, pendapatan bulanan dan tanggungan penerima. Kadarnya minima sebanyak RM600 hingga RM2,500.

Kaedah pembayaran bantuan ini dibuat dengan dua cara iaitu secara kredit terus ke akuan penerima seperti mana maklumat yang diberikan ketika membuat permohonan/kemaskini STR. Untuk penerima yang tidak mempunyai akaun bank atau berstatus tidak aktif, pengambilan tunai boleh dibuat di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Permohonan STR 2025

Permohonan baru STR 2025 dibuka sepanjang tahun mulai 19 Oktober 2024. Permohonannya boleh dibuat secara atas talian (online) di sistem MySTR di Portal Rasmi STR.

Permohonan juga boleh dibuat secara manual dengan mengisi Borang Permohonan STR (BK-01) yang boleh didapati secara percuma di Portal Rasmi STR atau Pejabat LHDNM / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM.

Borang yang lengkap dan dokumen-dokumen sokongan kemudiannya hendklah diserahkan ke Pejabat LHDNM / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM.

Untuk maklumat lebih lengkap dan teliti berkenaan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025, sila rujuk di Portal Rasminya – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

STR Fasa 4 telah dibayar kepada penerima: Dikreditkan ke akaun atau pengambilan tunai di BSN

STR Fasa 4 telah dibayar kepada penerima: Dikreditkan ke akaun atau pengambilan tunai di BSN

Dalam masyarakat Malaysia, istilah B40 dan M40 sering digunakan untuk menggambarkan tahap pendapatan isi rumah yang berbeza. Kumpulan B40 merujuk…
Banyak Jawatan Kosong Ditawarkan PTPTN: Minima SPM, Gaji sehingga RM11,110

Banyak Jawatan Kosong Ditawarkan PTPTN: Minima SPM, Gaji sehingga RM11,110

Pada ketika ini, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi banyak jawatan kosong yang…
Bantuan RM800 Telah Dikreditkan Secara Berperingkat: Cara Semak Senarai Penuh Penerima

Bantuan RM800 Telah Dikreditkan Secara Berperingkat: Cara Semak Senarai Penuh Penerima

Musim tengkujuh merupakan fenomena cuaca tahunan yang sering melanda negara-negara di Asia Tenggara, termasuk Malaysia. Ia biasanya berlaku antara bulan…