fasa 4

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 dikreditkan tak lama lagi: Jumlah bayaran & senarai penerima

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah bantuan-bantuan kewangan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2023 seperti mana yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada bulan Februari lalu.

Berikut adalah penerangan lanjut berkenaan kewangan yang diperkenalkan: –

Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

Sumbangan Tunai Rahmah atau STR adalah bantuan tunai kepada rakyat Malaysia daripada kategori B40 dan M40 merangkumi isi rumah, warga emas dan bujang.

Pembayaran STR pada tahun 2023 akan melibatkan empat fasa. Bagi pembayaran Fasa 1 hingga Fasa 3, ia telah pun selesai dikreditkan kepada mereka yang layak dengan kadar tertentu berdasarkan tangga pendapatan dan tanggungan.

JOM MASUK KE TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Oleh hal demikian, kini hanya berbaki Fasa 4 sahaja lagi yang belum disalurkan kepada yang layak.

Jumlah STR Fasa 4

Berikut adalah jadual jumlah pembayarabn STR Fasa 4 dan senarai penerimanya:

Isi Rumah Pendapatan RM2,500 & ke bawah

  • Bilangan anak 0: RM200
  • Bilangan anak 1 – 2: RM600
  • Bilangan anak 3 – 4: RM900
  • Bilangan anak 5 & ke atas: RM1,200

Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000

  • Bilangan anak 0: Tiada pembayaran
  • Bilangan anak 1 – 2: Tiada pembayaran
  • Bilangan anak 3 – 4: RM300
  • Bilangan anak 5 & ke atas: RM500

Warga Emas Sebatang Kara (60 tahun ke atas)

  • STR Fasa 4: RM200

Tarikh Pembayaran

Mengikut jadual asal STR seperti mana diterbitkan Kementerian Kewangan, pembayaran STR Fasa 4 akan dibuat pada November 2023.

Namun begitu, tarikh rasmi pembayaran akan dimaklumkan dari semasa ke semasa mengikut keputusan terkini Kerajaan.

Bagi maklumat lebih lengkap berkenaan STR, sila rujuk di Portal Rasminya – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Pada ketika ini, Angkatan Pertahanan Awam kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong KTMB Pengambilan Julai 2025: Syarat Kelayakan SPM - Ijazah

Jawatan Kosong KTMB Pengambilan Julai 2025: Syarat Kelayakan SPM - Ijazah

Pada ketika ini, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Permohonan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2025 Masih Dibuka: RM500 Setiap Bulan

Permohonan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2025 Masih Dibuka: RM500 Setiap Bulan

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, isu sara hidup semakin mendapat perhatian dalam kalangan rakyat Malaysia. Kenaikan harga barangan asas, perumahan,…