Pada 18 Oktober 2024, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membentangkan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat dengan tema “MEMBUGAR EKONOMI, MENJANA PERUBAHAN, MENSEJAHTERA RAKYAT”.
Anggaran Belanjawan 2025 adalah tertinggi yang pernah diumumkan iaitu sebanyak RM421 bilion meliputi RM335 bilion belanja mengurus, RM86 bilion belanja pembangunan dan tidak termasuk RM2 bilion simpanan luar jangka.
“Selain peruntukan pembangunan oleh Kerajaan, projek secara usaha sama awam-swasta (PFI) bernilai RM9 bilion turut dilaksanakan serta pelaburan langsung domestik oleh syarikat GLIC bernilai RM25 bilion. Ini menjadikan pelaburan awam untuk pembangunan tahun 2025 yang berjumlah RM120 bilion,” petikan dari ucapan Perdana Menteri ketika membentangkan Belanjawan 2024.
Antara yang ditambahbaik di bawah Belanjawan 2024 adalah pelaksanan Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Berikut adalah maklumat lanjutnya: –
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025
Melalui Belanjawan 2025, pihak Kerajaan setuju memberi peningkatan kepada Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan bantuan tambahannya Sumbangan Asas Rahmah (SARA) iaitu kepada RM13 bilion, berbanding RM10 bilion. Peningkatan itu akan memberi manfaat kepada 9 juta penerima atau bersamaan 60 peratus penduduk dewasa di negara ini.
Mulai tahun 2025, 4.1 juta penerima STR dari kategori isi rumaj akan menerima SARA RM100 sebulan dan jumlah penerima itu lebih tinggi berbanding 700 ribu penerima pada tahun 2024.
Bantuan SARA akan dikreditkan ke dalam Kad Pengenalan (MyKad) penerima bermula pada April 2025 dan ia kemudiannya boleh dibelanjakan untuk membeli barangan asas seperti makanan dan minuman, ubat-ubatan, barang persekolahan serta kebersihan diri di lebih 600 pasar raya dan kedai runcit seluruh negara.
Bagi kategori bujang pula, kadar STR yang ditetapkan untuk tahun 2025 adalah sebanyak RM600, berbanding RM350 tahun 2024.
Dalam masa sama, dengan penambahan peruntukan RM3 bilion, ia telah membolehkan kadar maksimum yang diterima isi rumah meningkat kepada RM4,600 berbanding RM3,700 sebelum ini.
Kenaikan Bantuan Kebajikan
Berkenaan dengan bantuan-bantuan kebajikan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pula, pihak Kerajaan telah bersetuju untuk meningkatkan peruntukannya kepada RM2.9 bilion, berbanding RM2.4 bilion sebelum ini.
Dengan itu, kadar bantuan seperti Bantuan Warga Emas (BWE) akan dinaikkan daripada RM500 sebelumnya, kepada RM600 setiap bulan. Kadar Bantuan Kanak-kanak Keluarga Miskin turut dinaikkan iaitu:
- Daripada RM200 kepada RM250 seorang bagi anak berusia 6 tahun dan ke bawah; serta
- Daripada RM150 ringgit kepada RM200 ringgit seorang bagi anak lingkungan usia 7 hingga 18 tahun;
- Tertakluk kepada kadar maksimum RM1,000 sekeluarga.
Sebelum ini, kadar Bantuan Kanak-Kanak oleh JKM adalah seperti berikut:
- RM200: Umur 6 tahun dan kebawah
- RM150: Umur 7 tahun hingga 18 tahun
- RM1,000: Kadar maksimum untuk keluarga
Pelaksanaan Bantuan Am Persekutuan juga ditingkatkan dengan kadar minima RM150, berbanding RM100 dengan kadar maksimum sekeluarga sebanyak RM500 sebulan.
Makanya, isi rumah miskin dengan tiga anak layak menerima bantuan lebih RM13,000 setahun, yakni suatu peningkatan amat
ketara, berbanding RM11,000 pada masa ini. Untuk warga emas miskin pula, mereka layak menerima bantuan lebih RM10,000 setahun ketimbang RM8,000 sebelum ini.
SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021
“Ini bermakna tidak ada rakyat di Malaysia yang berpendapatan kurang 1,100 sebulan. Dan ini belum mengambil kira bantuan daripada Kerajaan Negeri, Zakat dan Yayasan.
Maka, tanggungjawab kita adalah untuk pastikan tiada keciciran. Oleh itu, pihak JKM dan ICU, JPM harus berganding bahu dan menggandakan usaha verifikasi golongan miskin,” kata Perdana Menteri ketika membentangkan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat.
Program Payung Rahmah
Pihak Kerajaan turut bersetuju memperuntukan RM300 juta bagi Program Payung Rahmah dengan memperhebatkan tawaran barangan keperluan asas pada harga berpatutan di semua DUN setiap bulan.
Selain itu, sebanyak RM700 juta dikhususkan untuk memperbanyak saluran program kos sara hidup lain bagi mengawal harga barang, termasuk melalui usaha sama dengan pengusaha pasar raya, pasar borong, kedai runcit, pasar tani, koperasi dan sebagainya.
Maklumat lebih teliti berkenaan Belanjawan 2025 boleh dilihat di Portal Rasmi Belanjawan – DI SINI.