2025

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Tahun Depan (2025): Jumlah bayaran isi rumah, warga emas & bujang

Dalam usaha membantu rakyat menghadapi cabaran ekonomi semasa, kerajaan Malaysia telah memperkenalkan pelbagai inisiatif bantuan yang bertujuan untuk meringankan beban kehidupan seharian.

Bantuan ini merangkumi pelbagai aspek seperti kewangan, kesihatan, pendidikan, dan kebajikan sosial, yang direka untuk memberi sokongan kepada golongan yang memerlukan, terutama mereka yang terjejas oleh ketidaktentuan ekonomi dan peningkatan kos sara hidup.

Program-program ini juga mencerminkan komitmen kerajaan untuk memastikan kesejahteraan rakyat sentiasa menjadi keutamaan, tanpa mengira latar belakang atau keadaan ekonomi.

Bantuan kerajaan bukan sahaja terhad kepada golongan berpendapatan rendah, malah meliputi kumpulan B40, M40, warga emas, ibu tunggal, dan golongan belia yang memerlukan peluang untuk melanjutkan pelajaran atau meningkatkan kemahiran diri. Sebagai contoh, insentif kewangan seperti Bantuan Sara Hidup (BSH) dan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) telah menjadi inisiatif utama yang membantu ramai keluarga berpendapatan rendah untuk memenuhi keperluan harian mereka.

Selain itu, kerajaan turut memperkenalkan pelbagai bentuk subsidi dan rebat untuk meringankan beban rakyat, seperti subsidi bahan api, bantuan perubatan, dan rebat bil elektrik untuk golongan yang layak.

Bagi tahun 2025, pihak Kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan pelaksanaan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) seperti mana yang diumumkan di bawah Belanjawan 2025. Ini adalah maklumat lanjutnya:

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025

STR pada asasnya merupakan bantuan Kerajaan kepada golongan berpendapatan rendah serta sederhana yang benar-benar berkelayakan dan memerlukan bagi mendepani cabaran kos sara hidup. Dengan hikmah penyasaran semula subsidi, ia telah membolehkan Kerajaan menambah baik dan meningkatkan pemberian tunai kepada rakyat melalui STR 2025 dalam memastikan isi rumah berpendapatan rendah terus diberi bantuan sewajarnya.

Bagi tahun 2025, syarat-syarat kelayakan STR adalah seperti berikut:

  • Isi Rumah
    • Kahwin; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • Warga Emas Tiada Pasangan
    • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
    • Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • Bujang
    • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Had umur adalah 21-59 tahun; dan
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
    • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

 

Bagi individu bujang berusia 21 tahun dan ke atas termasuk OKU berumur 19 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta – mereka hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.

Jumlah Bayaran STR 2025

Bagi tahun 2025, jumlah pembayaran STR telah ditingkat berbanding tahun 2024. Kadar minimanya adalah RM600 dan maksimum RM2,500, begantung kepada kategori penerima, jumlah tanggungan dan pendapatan.

Berikut adalah adalah maklumat jumlah pembayaran STR 2025 bagi setiap penerima:

Cara pembayaran STR 2025 pula adalah secara kredit terus ke akaun seperti mana maklumat yang diberikan ketika permohonan / kemaskinid dibuat. Bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank atau akaun berstatus tidak aktif pula, tuntutan tunai boleh dibuat di cawangan-cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Permohonan STR 2025

Bagi permohonan STR 2025, ia dibuka mulai mulai 19 Oktober 2024 dan boleh dibuat di Portal Rasmi STR melalui MySTR. Selain itu, permohonan juga boleh dibuat dengan mengisi Borang Permohonan STR (BK-01) boleh didapati secara percuma di Portal Rasmi STR atau Pejabat LHDNM / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM.

Borang yang lengkap beserta dokumen-dokumen yang diperlukan kemudiannya perlu diserahkan ke Pejabat LHDNM / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM.

Pemohon yang perlu membuat Permohonan Baharu STR 2025 adalah:

  • Pemohon yang tiada rekod dalam sistem STR 2024; serta
  • Berpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah; atau
  • Berpendapatan RM2,500 dan ke bawah untuk individu bujang / tiada pasangan / tiada anak yang menepati syarat kelayakan.

 

Bagi maklumat lebih lengkap, teliti dan sahih berkenaan STR, sila rujuk di Portal Rasminya – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

STR 2024 Telah Selesai Dibayar: Ini Pula Jumlah Bayaran STR 2025 Untuk Semua Rakyat Malaysia

STR 2024 Telah Selesai Dibayar: Ini Pula Jumlah Bayaran STR 2025 Untuk Semua Rakyat Malaysia

Dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini, pelbagai cabaran ekonomi dan sosial telah memberi kesan kepada rakyat Malaysia. Peningkatan kos sara…
Jawatan Kosong Besar-Besaran Sebagai Guru KAFA Tahun 2024: Terbuka calon lelaki & perempuan

Jawatan Kosong Besar-Besaran Sebagai Guru KAFA Tahun 2024: Terbuka calon lelaki & perempuan

Pada ketika ini, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong sebagai Guru KAFA…
30 Kekosongan Jawatan Perkhidmatan Awam Dengan Gaji RM2,094 - RM9,585: Ini Cara Memohon

30 Kekosongan Jawatan Perkhidmatan Awam Dengan Gaji RM2,094 - RM9,585: Ini Cara Memohon

Pada ketika ini, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sedang mencari calon-calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan-jawatan kosong yang dibuka di Jabatan…